Nuffnang

Rabu, 30 Mei 2012

Jue Aziz - Google Blog Search

Jue Aziz - Google Blog Search


Saya Tak Terkena Sihir – <b>Jue Aziz</b> | MyNewsHub

Posted: 15 Mar 2012 09:20 PM PDT

PETALING JAYA – Pelakon wanita, Zuliana Ab Aziz, 29, atau lebih dikenali sebagai Jue Aziz menafikan kehilangan dirinya sekejap dari dunia hiburan adalah kerana dia terkena buatan orang atau terkena sihir.

Jue Aziz mengambil keputusan untuk berdiam sekejap adalah kerana dia lebih selesa untuk tidak berbicara mengenai kisah peribadinya, sebaliknya lebih tertumpu untuk menceritakan perjalanan kariernya.

Malah, cakap-cakap orang yang mengatakan dia sedang sakit teruk akibat buatan sihir juga adalah tidak benar kerana gosip itu timbul disebabkan produksi teater Semerah Padi yang inginkan publisiti murahan yang dia sendiri tidak sertai.

"Saya tidak sakit terkena perbuatan sihir atau santau. Cerita itu tidak betul. Cerita itu ditimbulkan oleh pihak produksi Semerah Padi yang cuba mencari publisiti murah ketika pementasan itu diadakan pada tahun lalu.

"Saya tidak sertai teater itu pun disebabkan oleh kekalutan pengurusan produksi itu sehingga menyebabkan saya tertekan dan jatuh sakit ketika itu. Ia hanya sakit biasa kerana tidak cukup rehat," kata Jue Aziz.

Bagi Jue Aziz, sepanjang lebih dari lima tahun dia berkecimpung dalam dunia lakonan, Jue Aziz mengakui dia kini bersyukur sudah berada di tahap yang stabil dan tidak memerlukan cerita atau publisiti murahan untuk dikenali peminat-peminat industri hiburan.

Malah, wanita cantik itu juga sudah semakin cekap menguruskan perjalanan seninya sendiri dan tidak perlu dikaitkan dengan sesiapa untuk berjaya.

"Pada tahap ini, saya memang elakkan publisiti yang berlebihan seperti awal-awal dulu. Saya tidak mahu kisah kontroversi terus dikaitkan dengan saya dan menjadi bahan cerita di media.

"Berkat pengalaman yang ada, saya semakin cekap menguruskan kerjaya lakonan. Tawaran lakonan juga stabil dan peminat sudah mengetahui mutu kerja saya, jadi apa perlunya saya terus muncul bersepah-sepah di media jika tiada kisah yang bernas dan penting untuk dikongsi," katanya.

Terkini, Jue Aziz baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Jidin Sengal di mana dia membawa watak sebagai Amy, seorang gadis lasak yang bakal ditayangkan pada 22 Mac ini di pawagam.

Filem yang membariskan Jue, Along (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Faezah Elai, Zach Diamond, Azrul (Raja Lawak), Mariani dan Hamid Gurkha ini diterbitkan oleh syarikat produksi OutLoud Studios Sdn Bhd.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan