Nuffnang

Rabu, 30 Mei 2012

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Dia Fikir Macam Main Bola – <b>Rita Rudaini</b> |

Posted: 21 May 2012 12:54 AM PDT

Nampaknya Rita Rudaini memang keliru dengan sikap suaminya, Aidil Zafuan yang tiada pendirian di dalam isu permohonan cerai mereka. Semalam di BiPop, Rita berkata yang suaminya itu menganggap nikah kahwin macam bermain bola sepak. Memang jelas benar bunyi kecewa, frust dan fedup itu.

rita

Agak panjang cerita yang disampaikan oleh Rita Rudaini kepada Raja Nurfatimah Mawar. Abang Nara selitkan yang penting sahaja untuk tatapan anda semua.

Rita memberitahu Raja, dia keliru dengan pendirian Aidil. Sekejap mahu melepaskan, sekjap pula boleh menarik hasrat mahu bercerai. Bagaimanapun, ia bukan tindakan baru yang dilakukan, sebaliknya Aidil pernah melakukan perkara yang sama ketika tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah pada tahun 2010.
"Saya tidak tahu apa yang diinginkan. Dulu, ketika memfailkan tuntuan di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Aidil begini juga, banyak bermain tarik tali. Saya jadi keliru dengan tindakannya".

"Sebelum ini, cakap tidak serasi di mahkamah, hari ini (Rabu) cakap masih sayang. Saya tidak sangka berkahwin dengan lelaki yang kurang didikan agama, tidak takut dosa pahal apabila soal nikah kahwin dipermainkan, dia fikir macam bermain bola sepak agaknya".

"Aidil mendakwa saya meminta cerai sedangkan dia yang memfailkan permohonan perceraian. Saya tidak takut, saya ada SMS sebelum dia keluar rumah meninggalkan saya dan anak-anak. Saya masih simpan bukti SMS itu, dia cakap dia tidak boleh hidup bersama saya lagi".

"Awalnya, saya membiarkan saja, saya beri masa untuk dia berfikir, tetapi selepas lebih tiga bulan dia menghilang diri, saya SMS mengingatkannya hukum meninggalkan isteri selama 3 bulan 10 hari. Saya rasa mungkin dia tidak faham taklik yang dibaca sebelum angkat nikah dulu. Jika suami meninggalkan isteri tanpa nafkah zahir dan batin selama 3 bulan 10 hari, talak boleh jatuh jika saya mengadu di pejabat agama".

Saya juga hantar pesanan, sekiranya dia tidak mahukan saya lagi, jangan biarkan saya lama-lama. Saya tidak mahu dia menanggung dosa. Dia balas pada saya, dia sudah selesaikan semuanya dan masuk bulan keempat meninggalkan saya, dia menghantar SMS mengatakan sudah memfailkan penceraian. Jadi kenapa cakap putar belit dan tuduh saya pulak? Jika saya mahukan perpisahan, saya meninggalkan rumah kelamin, ini sebaliknya keadaan sekarang, dia meninggalkan saya dan anak-anak tanpa nafkah."

"Tuntutan panjang lebar yang dihantar tidak masuk akal. Saya anggap ia penipuan besar. Dalam tuntutan yang diserahkan ketika berlangsungnya perbicaraan di mahkamah, Aidil menuduh saya lari meninggalkannya. Diakui saya ada pulang ke kampung tetapi bukannya melarikan diri. Saya minta izinnya untuk pulang ke kampung bersama anak-anak. Kami bersalaman, Aidil mengangkat beg dan menghantar saya sampai ke kereta. Dia juga berjanji akan datang mengambil saya dan anak-anak selepas perlawanan bola sepak."

"Saya terkejut apabila pulang ke rumah, saya tengok Aidil sudah mengangkat barang-barangnya dan menghilangkan diri. Adakah saya melarikan diri dari rumah? Saya tidak tahu apa tujuan Aidil menarik balik hasrat bercerai, tetapi dalam masa yang sama menghantar tuntutan."

"Saya tidak menyangka Aidil melemparkan tuduhan palsu pada saya. Dia sanggup menipu diri sendiri dan menidakkan perkara yang benar. Kalau Aidil berniat baik dan nak berdamai, kenapa perlu memfailkan tuntutan berunsur fitnah dan tidak masuk akal? Aidil mahukan apa sebenarnya? Dan apa pula rancangan jahatnya kali ini?"

"Saya tidak akan berdiam diri macam dulu, saya akan memperjuangkan tuntutan berunsur fitnah itu. Saya bukannya bola, jika tidak mahu ditendang sesuka hati, bila rasa perlu dia kejar hingga dapat."

"Aidil cakap dia menarik balik hasrat bercerai kerana anak-anak. Berilah alasan logik sikit. Selepas hampir lima bulan baru teringat anak-anak? Kenapa Aidil tidak fikir tindak tanduknya sebelum meninggalkan rumah dulu"

Nampak gayanya daripada percakapan Rita Rudaini, rumah tangganya macam tak dapat nak diselamatkan. Mungkin ini adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mereka berdua. Abang Nara baca luahan hati Rita Rudaini pun ada kelogikannya. Apa pun keputusan yang diambil, semoga anak-anak tidak terabai.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan