kumpulan Estranged - Google Blog Search |
KONSERT MANIA MINGGU K-7: 2 <b>KUMPULAN</b>, <b>ESTRANGED</b> DAN <b>...</b> Posted: 29 Apr 2012 09:30 PM PDT Posted on 30 April 2012. No of View :214 ![]() Nasib malang yang sama menimpa dua kumpulan rock dari Galaksi Mania iaitu Kristal dan Estranged apabila kedua-dua mereka disingkirkan di Konsert Mania minggu ke 7. Keputusan ini menyaksikan kesemua 9 peserta yang tinggal adalah peserta yang bergerak solo dalam Galaksi Mania. Kristal adalah bintang yang berada di bawah empayar muzik merah milik Datuk M.Nasir manakala Ahmad Dhani kehilangan bintang ketiga di bawah empayar hijaunya dengan pemergian Estranged. Kristal menyampaikan lagu Kesal bersama pasangan duet mereka iaitu ratu rock Ella manakala Estranged menyampaikan lagu Sudah bersama isteri vokalisnya, Velvet. Minggu ini menampilkan kelainan dalam Mania apabila setiap peserta akan berduet dengan bintang pilihan mereka untuk membuat persembahan. Seramai 11 peserta Mania telah membuat persembahan pada malam ini bersama pasangan duet masing-masing dan selain Kristal dan Estranged yang tersingkir, mereka yang lain ialah Shila Amzah bersama Noraniza Idris yang menyanyikan lagu Hati Kama, Stacy & Cliff Umar (Total Eclipse of The Heart), Aril & Zahid (Ghazal Untuk Rabiah), Alyah & Nora (Di Persimpangan Dilema), Hazama & Azlan (Suatu Masa), Jaclyn Victor & Maman (Warisan Wanita Terakhir & Pelesit Kota), Hafiz & Maya Karin (Ombak Rindu), Adira & Shahir (Ku Pinang Kau Dengan Bismillah) serta Ebi & Salma (Kasih Tak Sampai). ![]() |
You are subscribed to email updates from kumpulan Estranged - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan