Nuffnang

Selasa, 8 Mei 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>Saiful Apek</b> Beri Amaran Kepada David Teo? | OHBULAN!

Posted: 07 May 2012 10:45 AM PDT

Sekitar pukul 12 tengah malam tadi, pelawak veteran Saiful Apek dipercayai memberi amaran kepada David Teo melalui laman rasmi Facebooknya.

Dikatakan, amaran tersebut dikeluarkan oleh Saiful Apek sebagai tindak balas terhadap kenyataan David Teo yang disifatkan kurang sensitif dengan penderitaan allahyarham Bob Kuman seperti yang disiarkan dalam program Melodi (sumber : tonton.com.my), sekitar 2 minggu lepas.

Kenyataan David Teo berbunyi, "… kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja. Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia kata boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital Tawakal saya bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia melunaskan baki daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya bayar kamu sumbangan. Apabila di dalam sedih, production manager bawa dia pergi, bukan seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia lelah bukan dia jatuh. Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau dia hendak minta gaji, itu sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak perlu melalui publisiti seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi saya lah … Tuhan kata memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya sentiasa memaafkan banyak orang … Dia bagi tahu kita, biar saya hantar pegawai, saya pun sentiasa di luar negara. Tak ada masalah, dia orang sakit. Sekiranya dia mahu minta sedekah, beri tahulah tetapi jangan menganiaya orang lah"

Imbas kembali, allahyarham Bob Kuman mendakwa produksi milik David Teo mengabaikan masalah kesihatannya yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat, Selangor pada penghujung 2010.

Difahamkan, produksi milik David Teo tidak mempedulikannya hingga dia berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital.

Bagaimana pun, David Teo menafikan dakwaan itu dan memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal di sini, tahun lalu.

Ditakdirkan, allahyarham Bob Kuman meninggal dunia tepat pada jam 4:38 minit petang, 3 Mei 2012.  Al-Fatihah.

Pilihan Anda: <b>Saiful Apek</b> &#39;serang&#39; David Teo

Posted: 07 May 2012 06:45 PM PDT

|

Saiful Apek antara rakan artis yang paling sedih dengan pemergian Bob Kuman. Beliau dilihat meratap di kuburan ketiak jenazah selamat dikebumikan.

Kesedihan Saiful tidak berhenti di situ. Kini beliau seolah-olah mencari punca kepada semua ini yang telah berlaku.

Laporan Rotikaya menyaksikan Saiful Apek meluahkan segala yang terpendam dan lama disimpan. Berbekalkan penulisan Mazidul Akma dan juga beberapa laporan berita, di bawah ini, serangan beliau bermula!


 Rotikaya

Related Posts : HIBURAN, KONTROVERSI, TERKINI, ULASAN


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 10:05 AM. Filed under , , , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan