Nuffnang

Selasa, 1 Mei 2012

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


<b>Sara Ali</b> mahu jaga nilai eksklusif | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 08:52 PM PDT

Lambakan pendatang baru dalam industri, sedikit pun tidak menggerakkan pelakon, Sara Ali untuk menggapai apa sahaja tawaran yang datang kepadanya.

Gadis berusia 22 tahun ini juga, turut mengurangkan kemunculannya di majlis-majlis hiburan demi menjaga nilai eksklusif dirinya sebagai seorang selebriti.

Katanya, tindakan itu dilakukan bagi memastikan peminat tidak akan cepat bosan melihatnya suatu hari nanti.

"Saya tak kisah orang nak kata saya sombong, tapi sebagai seorang pelakon, tidak salah rasanya untuk saya mengekalkan nilai eksklusif saya. Malah, saya lebih selesa jika hanya hadir ke sesebuah majlis kerana ada kepentingan untuk kerja saya, sebagai contoh mempromosi filem.

"Tindakan ini juga saya lakukan kerana saya kurang faham dengan selera masyarakat yang menyukai seseorang artis itu kerana rupa atau bakat.

"Jadi, saya ambil pendekatan yang dilakukan oleh idola saya, Maya Karin. Bagi saya apa yang penting penonton ingat hasil lakonan kita dan secara tak langsung mereka juga akan ingat kita ," katanya.

Timba ilmu belakang tabir

Selain itu, Sara yang bakal tampil dengan filem Azazil, September ini mendedahkan, dia juga kurang tampil dengan projek baru kerana terlalu sibuk untuk menimba ilmu pengetahuan dalam kerja-kerja belakang tabir.

Katanya, jika ada masa terluang, dia akan menyertai mana-mana produksi untuk membuat kerja-kerja seperti menjaga konti, pembantu produksi dan sebagainya.

"Sebagai seorang pelakon, bagi saya amatlah penting untuk kita mempunyai strategi sendiri. Justeru saya meletakkan sasaran untuk berlakon sehingga berusia 30 tahun.

"Selepas itu, saya teringin menjadi pengarah dan penerbit. Namun, untuk mencapainya saya perlu menimba ilmu dan pengalaman dahulu.

"Selain itu, saya juga ingin mendapatkan ijazah dalam bidang pengarahan. Insya-Allah, jika dimurahkan rezeki saya teringin menjejakkan kaki ke New York Film Academy (NYFA) dalam tempoh tiga ke empat tahun lagi," jelasnya.

Cabaran filem komedi

Sementara itu, Sara yang baru-baru ini membintangi filem komedi seram, Jangan Pandang-Pandang mengakui pembabitan pertamanya dalam filem komedi menjadi pengalaman yang sungguh mencabar.

"Pertama kali berlakon dalam filem komedi, saya juga dapat rasakan ianya lebih sukar berbanding melakonkan watak serius. Namun, saya bersyukur kerana pengarah, Ahmad Idham banyak membimbing saya untuk saya dapatkan 'punchline' yang sesuai.

"Bagi saya dia seorang pengarah komedi yang sangat bagus dan dia pakar dalam bidang ini. Idham sangat mementingkan komedi suasana daripada komedi dialog yang mana bagi saya bukan mudah untuk menjayakannya.

"Malah, Idham berjaya cipta dimensi baru dalam setiap karya beliau. Kalau saya nak berlakon dalam filem komedi lagi, memang saya akan pilih Ahmad Idham," katanya yang merasakan nama-nama seperti Khabir Bhatia, Dain Said, Mamat Khalid dan Faisal Ishak mempunyai gaya pengarahan yang sangat 'bijak'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan