Nah, ini dia! Dalam dok sembunyikan kekasih hati, akhirnya Niezam menerima beberapa gambar yang dikirimkan peminat melalui e-mel. Gambar-gambar kemesraan penyanyi kumpulan Sofaz iaitu Are-Meer dengan gadis bernama Yanie itu bagaikan mengesahkan mereka pasangan kekasih.
Sebelum ini Niezam pernah tanya Are-Meer siapakah kekasihnya sebab ada gosip mengatakan dia bercinta dengan seorang pegawai promosi (PR) sebuah syarikat rakaman.
Tapi Are-Meer menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan bekas PR SRC itu. Sebaliknya dia kata hubungan mereka pun macam artis dengan PR sahaja. Tak ada lebih-lebih. Itu kata Are-Meer.
Rupa-rupanya memang cintanya bukan dengan bekas PR SRC itu tetapi dengan pengurus kepada kumpulan Spider.
Menurut e-mel itu lagi, cinta Yanie dengan Are-Meer sudah terjalin lebih setahun lalu cuma pada 18 Januari lalu barulah Are-Meer meluahkan cintanya.
"Mengambil tarikh 18 haribulan sempena hari lahir Are-Meer (lahir pada 18 Januari 1983), dia melafazkan cintanya kepada Yanie.
"Sekarang ni sah mereka tu pasangan kekasih. Harap-harap mereka tak berahsia lagi," cerita pengirim e-mel itu.
Niezam pun berharap macam itulah. Lagipun ramai yang dah nampak Are-Meer dan Yanie selalu keluar bersama. Kalau dah sah sebagai kekasih hati, tak ada masalah lagi. Tak gitu!
Lepas ni Are-Meer tak perlulah nak sorok-sorok ye! Bukan apa, kata orang tua-tua kalau main sorok-sorok takut nanti kena sembunyi.
NIEZAM: Teringat juga pesan orang tua, kalau takut mimpi hantu, tidur malam basuh kaki.
Powered by Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan