Nuffnang

Jumaat, 1 Jun 2012

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


<b>Bront Palarae</b> Minta Maaf Aksi Berahi Dalam Jiwa Taiko

Posted: 01 Jun 2012 11:57 AM PDT

Satu bentuk promosi agaknya aksi berahi yang ditawarkan di dalam filem terbaru arahan pengarah Osman Ali iaitu Jiwa Taiko yang memaparkan pakej aksi panas pelakonnya, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa. Terdahulu,khabarnya aksi berahi hero dan heroin Jiwa Taiko iaitu Diana Danielle dan kekasih kepada Tiz Zaqyah, Remy Ishak.

Kini, sebelum menimbulkan apa-apa spekulasi, Bront Palarae bertindak untuk meminta maaf terlebih dahulu sebelum dikecam hebat oleh masyarakat. Aksi berahi yang beliau bawa bersama dengan Nadiya Nisaa yang berstatus sebagai isteri orang bakal menjadi persoalan panas minggu ini. Namun Nadiya tidak kisah selain bertindak positif dan profesional sama seperti Remy Ishak untuk membawakan watak hangat itu. 

Menurut Bront, beliau terkejut sewaktu menyaksikan babak berahi itu semasa tayangan perdana Jiwa Taiko kerana ketika pengambaran, apa yang beliau lakukan bukanlah seperti itu, malah dia dan Nadiya tidak bersentuhan sama sekali. Boleh percaya ke ni Bront? Tegas Bront lagi, apa yang dipaparkan di dalam filem Jiwa Taiko merupakan 'camera trick' yang diambil dari sudut yang menampakkan seperti mereka bercium dan berpelukan.

Antara babak yang menggairahkan dalam Jiwa Taiko antara Bront dan Nadiya ialah, apabila Nadiya melakonkan watak gadia liar yang duduk di atas sofa dengan memakai kemeja besar lelaki dan beliau dicium oleh Bront dari hujung kaki sehingga ke wajahnya.

z Z

Assalamualaikum, I'm writer at Meow.my ! Also penulis yang langsi di Zierazain.com .

More Posts - Website

Aksi Berahi <b>Bront Palarae</b> Dalam Jiwa Taiko

Posted: 01 Jun 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 1 JUN 2012: Pelakon kacak, Bront Paralae akui terkejut selepas menonton aksi berahinya bersama pelakon, Nadiya Nisaa ketika tayangan perdana Jiwa Taiko, kemarin.

Malah, Bront Paralae berkata dia sendiri tidak menyangka bahawa hasilnya menjadi seperti begitu realistik ketika dia bersentuhan dan berciuman dengan Nadiya Nisaa sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Saya pun tidak sangka hasil camera trick nampak realistik padahal saya dan Nadiya tidak bersentuhan langsung.

"Tetapi terus-terang ketika diarahkan oleh Osman Ali untuk melakukan babak itu, saya agak gementar kerana inilah pertama kali saya melakonkan babak yang agak panas dan berahi.

"Namun saya terima ianya sebagai cabaran dalam lakonan saya," jelasnya yang ditemui selepas tayangan perdana filem tersebut baru-baru ini.

Babak aksi berahi itu dilakonkan dia atas sofa ketika Nadiya yang hanya memakai kemeja besar lelaki dicium oleh Bront dari hujung kaki hingga ke wajahnya.

Lebih menggusarkan Bront Paralae lagi, apabila dia perlu bergandingan dengan pelakon wanita berstatus isteri orang ketika melakonkan babak berahi berkenaan.

Namun dia bersyukur kerana Nadiya memberi kerjasama dan masing- masing tahu untuk menjaga batas.

"Pada mulanya, saya dan Nadiya ada berbincang mengenai aksi panas dan berhai yang akan kami lakonakan bersama kerana saya risau dia sudah berstatus isteri orang.

"Tetapi Nadiya juga memberi kerjasama kerana kami sudah lebih sepuluh tahun kenal dan agak rapat. Malah saya sudah anggap dia sebagai adik saya sendiri.

"Saya harap tiada pihak yang akan beranggapan buruk dengan aksi saya dan Nadiya. Lebih-lebih lagi daripada pihak suaminya.

"Tetapi jika ada menyentuh mana-mana pihak yang kurang senang, saya minta maaf," katanya yang memegang watak Pinto.

Sementara itu, Nadiya yang memegang watak Lara dalam filem yang hanya ditayangakan untuk 18 tahun ke atas itu berkata yakin suaminya akan memahami kerana dia telah menjaga batas ketika melakonkan aksi berahi tersebut.

"Saya memang tidak masalah untuk melakonkan aksi ini kerana saya tahu saya akan bersama kawan baik saya iaitu Bront.

"Dia pun faham saya perlu menjaga batas untuk melakonkan aksi tersebut kerana saya sudah berkahwin.

"Jadi saya hanya lakukankan sahaja tetapi saya akui agak terkejut apabila melihat aksinya kerana ketika melakukannya saya tidak banyak berfikir dan hanya go with the flow," terangnya yang memegang watak wanita liar di dalam filem tersebut.

Selain Bront dan Nadiya, filem yang akan mula ditayangkan mulai 14 Jun itu turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Remy Ishak, Diana Danielle, Fizz Fairuz, Beto Kusyairy, Soffi Jikan dan Mislina Mustaffa.

Aksi Panas <b>Bront Palarae</b> Dalam Jiwa Taiko

Posted: 01 Jun 2012 01:48 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Aksi panas Bront Palarae Dalam Jiwa Taiko ok? gambar jawapan nadiya nisaa isu aksi panas Bront Palarae dalam filem Jiwa Taiko.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan