Kilafairy - Google Blog Search |
<b>Kilafairy</b> & Shakira Idora lancar butik 'Rack' - Tupai Posted: 14 Jun 2012 05:00 AM PDT Pelakon dan juga penyanyi, Kilafairy, 20 dengan rasminya telah membuka butik pakaian dibawah jenama sendiri bersama kakak, Shakira Idora, 22, semalam sebagai jaminan hidup jangka panjang. Ujar Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan yang ditemui di majlis perasmian butik Rack bertempat di USJ 19 City Mall, Subang Jaya berkata dia bersama kakaknya telah lama menyimpan hasrat untuk memiliki butik pakaian sendiri namun tidak berkesempatan. "Mama telah membeli lot ini sejak 3 tahun yang lalu, namun tidak berbuat apa-apa kerana ketika itu pusat membeli belah ini hanya menjual barangan digital seperti telefon bimbit, barangan komputer dan kamera. Selepas bertukar pengurusan, pusat membeli belah ini turut bertukar nama dan baru boleh dibenarkan menjual barangan seperti baju dan sebagainya. Bermula dari situ saya dan kakak bercadang dan bersungguh untuk melakukan perniagaan ini yang memang diminati sejak kecil." Kilafairy turut berkongsi pengalaman mereka mengenai pakaian sendiri dan juga kasut setinggi 5-inci yang terdapat di kedainya. "Saya dan kakak mereka beberapa helai baju yang ada di sini. Manakala kasut pula, saya mengambil keputusan untuk mereka sendiri kerana merasakan kasut tinggi kegemaran saya agak sukar dijumpai di mana-mana kedai melainkan butik berjenama. Saya inginkan kasut yang tinggi dengan harga yang berpatutan. Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk mereka sendiri dan menjualnya dengan harga yang mampu dimilik semua di butik." Pakaian yang ada diambil dari seluruh negara termasuk Australia dan London turut dijamin kualitinya dengan harga yang mampu untuk dimiliki. Nama butik pula diambil bersempena dengan minat yang mendalam terhadap kartun fantasi dan Rack bermaksud tanduk, itu adalah simbol kepada minat mereka dalam dunia fesyen. "Kalau dapat lihat, saya lebih kepada elegan dan lebih gemar dengan warna-warna pastel manakala Shakira lebih kepada rock dan ceria. Simbol tanduk diambil dari 2 cabang yang berbeza dan menjadi satu, dari situlah terbitnya nama Rack." Kedai yang mula beroperasi semalam turut menjual pakaian remaja wanita, dan bakal menerbitkan barangan lelaki seperti tali pinggang, beg dompet dan baju. Kedai yang terletak di USJ City Mall, Subang Jaya dijaga sepenuhnya oleh Kila sendiri bersama kakaknya. |
You are subscribed to email updates from Kilafairy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan