Nuffnang

Selasa, 26 Jun 2012

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Diserang Jangkitan Paru-Paru

Posted: 15 Jun 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

PETALING JAYA, 15 JUN 2012: Akibat kurang rehat dan tidur yang tidak sempurna, pelakon Remy Ishak, 30, telah diserang jakitan virus atau pneumonia.

Atas dasar itu, Remy terpaksa ditahan dan dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri pada Isnin lalu.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak sudah berada di wad sejak Isnin lalu dan perlu menerima pemantauan dari doktor setiap masa.

Difahamkan, rawatan ini perlu diteruskan sehingga pelakon filem Cun benar-benar sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.

Menyedari badannya tidak berada dalam keadaan selesa, Remy telah membuat pemeriksaan doktor sehingga dia disahkan mengidap penyakit ini.

Apa yang pasti, sakit yang dialami Remy iaitu Pneumonia merupakan penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria di bahagian paru-paru.

Antara simpton penyakit ini adalah batuk serta selesema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan seterusnya menyerang paru-paru.

Selepas diduga sakit ini, Remy menganggap ia sebagai satu pengajaran dan menasihat kepada orang ramai agar menjaga kesihatan sebaik mungkin.

Memandang Remy masih belum sembuh, kekasih hati Tiz Zaqyah berasa ralat kerana gagal hadir ke pelancaran filem Aku,Kau dan Dia yang telah diadakan pada Rabu lalu.

Malah, dia berasa sedih kerana tidak dapat menyertai beberapa promosi filem Jiwa Taiko sepanjang tempoh ditahan dalam wad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan