Remy Ishak - Google Blog Search |
<b>Remy Ishak</b> Masih Hidup, Hentikan Khabar Angin | Koqin's World Posted: 19 Jun 2012 07:31 AM PDT Aiyoo, rsenye mcm baru je aku update pasal dia beberapa hari lepas. Tup tup, kuar pasal Remy Ishak meninggal. Biar betul ni? Kalo betul, takziah pada keluarga dia. Tapi kalo x betul, insaflah bg yang buat citer ni. Jgn la buat main2 hidup mati org lain…
Nampaknya kali ini Remy Ishak, 30, adalah orang seterusnya yang menjadi mangsa penyebaran fitnah menerusi laman sosial twitter. Terdapat beberapa pihak yang mengatakan Remy telah meninggal dunia hari ini lantaran dari penyakit yang dihidapi Remy. Sebelum ini, Remy telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri apabila dia diserang jangkitan virus atau pneumonia. Namun, beberapa pihak telah menafikan kenyataan tersebut dan menyatakan yang Remy masih lagi hidup. Antaranya adalah Hafiz Hamidun, penyanyi dan juga komposer. Hafiz Hamidun telah dihubungi bagi mendapatkan penjelasan dari kenyataan balasnya terhadap khabar angin itu. Hafiz yang sedang melakukan tugasan pasca-produksi bersama Khabir Bahtiar dan krew bagi filem lakonan Remy, 'Azazil', terkejut dengan khabar angin itu. Selain itu, Hafiz juga meminta supaya segala khabar angin itu tidak disebarkan lagi oleh mana-mana pihak. Menurut rekod, beberapa orang rakan artis turut menjadi mangsa khabar angin yang disampaikan melalui laman sosial seperti Azean Irdawaty, Allahyarham Bob Kuman, Osman Kering dan hari ini, Remy Ishak. Bersamalah kita berdoa supaya Remy dan rakan artis yang lain cepat sembuh dan kembali memeriahkan industri hiburan tanah air. Pada masa yang sama, janganlah jadikan laman sosial sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat yang tidak tepat. **Sebentar tadi, Remy Ishak telah mengeluarkan status terbaru menerusi laman sosial twitter yang menyatakan dia masih lagi hidup dan kini telah berada di rumah. Remy turut berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya. |
<b>Remy Ishak</b> Diserang Jangkitan Paru-Paru Posted: 15 Jun 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan PETALING JAYA, 15 JUN 2012: Akibat kurang rehat dan tidur yang tidak sempurna, pelakon Remy Ishak, 30, telah diserang jakitan virus atau pneumonia. Atas dasar itu, Remy terpaksa ditahan dan dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri pada Isnin lalu. Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak sudah berada di wad sejak Isnin lalu dan perlu menerima pemantauan dari doktor setiap masa. Difahamkan, rawatan ini perlu diteruskan sehingga pelakon filem Cun benar-benar sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah. Menyedari badannya tidak berada dalam keadaan selesa, Remy telah membuat pemeriksaan doktor sehingga dia disahkan mengidap penyakit ini. Apa yang pasti, sakit yang dialami Remy iaitu Pneumonia merupakan penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria di bahagian paru-paru. Antara simpton penyakit ini adalah batuk serta selesema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan seterusnya menyerang paru-paru. Selepas diduga sakit ini, Remy menganggap ia sebagai satu pengajaran dan menasihat kepada orang ramai agar menjaga kesihatan sebaik mungkin. Memandang Remy masih belum sembuh, kekasih hati Tiz Zaqyah berasa ralat kerana gagal hadir ke pelancaran filem Aku,Kau dan Dia yang telah diadakan pada Rabu lalu. Malah, dia berasa sedih kerana tidak dapat menyertai beberapa promosi filem Jiwa Taiko sepanjang tempoh ditahan dalam wad. |
You are subscribed to email updates from Remy Ishak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan