Nuffnang

Rabu, 18 Julai 2012

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


<b>Awi Rafael</b> Buang Tatu Guna Perubatan Islam | Sensasi Selebriti

Posted: 28 Jun 2012 06:04 PM PDT

Awi Rafael Buang Tatu Guna Cara Perubatan Islam

Dah lama juga Budiey tak jumpa dengan penyanyi yang sangat baik hati, Awi Rafael… namun semalam, ketika mana Budiey hadir di Pelancaran Album Terbaru Jinbara, Budiey nampak Awi Rafael turut sama datang untuk menyanyi secara duet bersama kumpulan Jinbara dalam Oh Mama Saya Mahu Kahwin.

Setelah lebih kurang 3 minggu gambar Awi Rafael dengan tatu tersebar di internet, Awi kini bangkit kembali dengan semangat baru untuk berada dalam industri. Semangat positif macam ni yang kita perlukan. Walaupun sangat sedih dengan kontroversi tersebut, namun Budiey kira Awi Rafael berjaya menanganinya.

Ramai media bertanya tentang susulan apa akan jadi dengan tatu tersebut. Pastinya, sekarang ini Awi dalam proses untuk membuang tatoo. Bukan satu benda yang mudah sebab ia memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi. Jadi lepas ni, Awi akan bebas untuk menggayakan fesyen baju lengan pendek mahu pun nak pakai singlet pun boleh. Baru ada imej seksi kat situ, tak gitu, Awi.

Menurut Awi, sekarang dia tengah buang tatu melalui kaedah perubatan Islam. Dah hampir setahun Awi buat proses pembuangan yang mana sebelum gambarnya bertatu tersebar di Internet lagi.

Awi Rafael

"Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam. Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa,"

Baru-baru ini Awi membuat pengakuan melalui Facebook miliknya dengan mengesahkan gambar lelaki bertatu seperti yang tersebar di Internet dan diperkatakan umum itu adalah dirinya.

Dalam pengakuan berkenaan Awi yang popular dengan lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu benar-benar menyesal dengan perbuatan tersebut yang dilakukan pada zaman remajanya tanpa memikirkan kesan pada hari ini. Dalam pada itu, Awi berkata penyebaran gambar itu memberi hikmah besar kepadanya apabila banyak pihak tampil untuk membantunya membuang tatu berkenaan.

"Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden. Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut," ujarnya.

Jelas Awi, para peminatnya juga turut memberikan sokongan dan sentiasa mendoakan perkara-perkara baik untuk dia.

"Alhamdulillahlah, sokongan mereka membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus mengakuinya dan belajar daripadanya," katanya.

Sementara itu, Awi berkata, walaupun namanya tercalar akibat insiden itu, tawaran mengadakan persembahan masih lagi diterimanya dan dia amat bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki.

"Siapa sangka apabila kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur," ujarnya. via Mstar Online

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan