Nuffnang

Ahad, 8 Julai 2012

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


<b>Juliana Evans</b> Sangat Risau Zizan Sakit

Posted: 21 Jun 2012 01:35 AM PDT

Juliana Evans sangat risau Zizan Sakit : Begitulah reaksi Juliana Evans yang sangat risau setelah dapat tahu Zizan Sakit.

Juliana Evans Sangat Risau Zizan Sakit

"Pada awalnya saya tidak tahu pun Zizan sakit sehinggalah diberitahu sendiri oleh pengurus Zizan mengenai keadaannya yang terlantar di hospital," jelas pelakon jelita Juliana Evans apabila ditanyakan tentang situasi Zizan yang ditahan di hospital akibat keradangan otot.

"Semasa itu saya sangat risau sebab kali terakhir saya dengar tentangnya, dia  dikhabarkan bekerja keras sangat. Saya juga marah dia sebab dia selalu tak cukup rehat. Memang ini membuatkan saya risau kerana insiden sebegini boleh memudaratkan dirinya sendiri nanti," tambah Julianan lagi sebelum dicelah oleh Zizan.

"Saya sorok bukannya apa, ini kerana saya tak nak orang lain risau. Alhamdulillah, keadaan saya dah bertambah baik sekarang. Saya patuhi nasihat doktor dengan menjaga tidur dan saya sentiasa mencari ruang untuk berehat." Jelas Zizan pula.

Zizan dan Juliana Evans yang digosipkan tengah hangat bercinta ini dilihat sungguh mesra ketika ditemui pada majlis tayangan media 'Mael Lambong', baru-baru ini. Walaupun kedua-keduanya mendakwa hanya berkawan baik, namun ramai rakan wartawan yang perasan akan cincin yang dipakai oleh kedua-dua pelakon tersebut sama dan kelihatan sepasang.

Apabila diusik mengenai cincin tersebut, Zizan terus bangun kerana malu tersentak kerana cincin tersebut dilihat oleh semua.

Rating: 8.5/10 (6 votes cast)
Rating: +2 (from 2 votes)
Juliana Evans Sangat Risau Zizan Sakit, 8.5 out of 10 based on 6 ratings

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan