Nuffnang

Khamis, 19 Julai 2012

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


IPOH MALAY: <b>Ning Baizura</b> Nafi Sertai PAS

Posted: 02 Jul 2012 11:00 PM PDT

Dek kerana terlalu desperate untuk dapatkan sokongan artis, blogger PAS menjaja kisah kononnya Ning Baizura bakal masuk PAS. Ini jawapan Ning petang ini.

Ehhh biar betul nih: Pelakon, penyanyi bersuara lantang Ning Baizura juga nak sertai PAS?

Pagi-pagi lagi Setiausaha Muslimat PAS Kawasan Batu, Zurina Din mengirim SMS kepada saya. Isunya sama. Macam sudah bertiup kencang dibuatnya. Tetapi saya tak tahu sangat, betul atau tidak. Namun, saya tidak menolak kemungkinannya ada. Zurina bertanya juga, betulkah penyanyi dan pelakon Ning Baizura akan sertai PAS dalam masa terdekat.  

Entah dari mana sumber maklumatnya, tidak saya ketahui. Tetapi cerita Ning Baizura nak masuk PAS ini sudah saya dengari sejak beberapa hari lalu. Kenapa ya? Saya sedang menjejaki melalui beberapa kawan-kawan artis mengenai kesahihan cerita ini. Kemungkinan itu ada. Tidak mustahil perkara ini akan terjadi. Tunggguuuuu!


Demikian tulis agen pemfitnah SANGGAH TOK SAGO

<b>Ning Baizura</b> Kecam Dakwaan Sertai PAS & Sebar Gambar - RotiKaya

Posted: 18 Jul 2012 09:10 AM PDT

Ning Baizura Kecam Dakwaan Sertai PAS & Sebar Gambar Bertudung

Ning Baizura Kecam Dakwaan Sertai PAS & Sebar Gambar BertudungLagi kisah selebriti dengan politik? Apa kita semua boleh buat, khabar'nya pilihanraya semakin hampir dan kisah kisah sebegini menjadi lumrah sebelum musim gantung poster. Heh.

Jika semalam, ada kisah pihak mempersoalkan niat hijrah Abby Abadi sama ada kerana agama atau politik, Ning Baizura juga kini terkena tempias isu politik parti pembangkang.

Awal hari semalam, Ning Baizura melalui akaun Twitter beliau mengecam tindakan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mendakwa beliau sudah pun menyertai parti politik itu.

"PAS sebar fitnah katanya saya Ning Baizura sudah masuk parti pembangkang & sebarkan gambar saay bertudung untuk drama tahun lepas dari koleksi gambar!" tulis Ning Baizura.

Tindakan PAS menyebarkan gambar bertudung Ning Baizura juga di'kecam penyanyi ini kerana di'dakwa sebagai menggunakan hasil kerja lain untuk kepentingan politik.

Ning Baizura turut kongsikan keratan akhbar kenyataan salah seorang pemimpin tertinggi PAS tentang dakwaan yang Ning Baizura bakal menyertai PAS tidak lama lagi kepada Sinar Harian.

Related Posts
Categories
Tag

<b>Ning Baizura</b> mengamuk di Twitter kerana PAS. – Perak Today

Posted: 18 Jul 2012 12:56 AM PDT

Hari neh Ning Baizura mengamuk kerana PAS. Nak tahu kenapa?
Kata Ning Baizura ;

PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi gambar !

Jangan cakap mengarutlah PAS

Sebelum neh bermula apabila tersiarnya satu posting mengenai Ning Baizura akan menyertai PAS. Sila rujuk sini dan disini.

Sebenarnya tak salah pun kalau Ning Baizura nak marah. Yelah tiba2 dia dikatakan nak masuk Pas padahal dia bukan nak masuk PAS pun. Tapi apa salahnya kalau dia perjelaskan bahawa kenyataan Salahuddin Ayub tue tidak benar instead "meroyan" di twitter.

Bukan apa, kadang2 kita terlalu meroyan sampai "terlupa diri". Bila dah jadi macam tue kang apa yang kita nak sampaikan tue orang tak nampak, tapi orang akan nampak benda yang kita tak tersengaja tersampaikan.

So, kalau dalam hal neh kesilapan berpunca dari Salahuddin Ayub, maka kita berharap Salahuddin Ayub akan buat kenyataan maaf dan membetulkan apa yang salah.

Walaupun sebenarnya Salahuddin Ayub hanya menyebut bakal masuk PAS, bukan benar2 dah masuk PAS kan. Tapi mungkin ada yang tak faham dan tersalah faham so eloklah buat kenyataan susulan betulkan apa yang tak betul disitu.

Kalau tidak, mao nya Ning Baizura bercakap pasal syurga dan neraka pula. Almaklumlah sebarkan fitnah tue kan berdosa dan bukan perangai orang islam kan? Heh. Bai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan