Hantar ke Twitter! |
Share 30 Disember 2011 merupakan detik penting dalam hidup dalam hidup pelakon Raja Farah apabila kedai ais krim yogurt'nya dengan rasminya membuka cawangan yang terletak di G-02, Ground Floor, MetroPoint Complex, Jalan Semenyih Kajang. Kedai ais krim yogurt (ala ala Tutti Frutti) di namakan Snogurt. Perniagaan keluarga yang dimulakan pada bulan Oktober 2010 ini juga mempunyai cawangan di No.9, SS17/7, Subang Jaya.
Apabila ditanya mengapa agak lama menyepi selepas berumahtangga, pelakon ini sebenarnya sedang sibuk menguruskan perniagaan keluarganya ni.
"Saya sedang menumpukan kepada perniagaan keluarga dan sebuah lagi cawangan kedai Snogurt telah dibuka dan dilancarkan di Metro Point Complex, Kajang pada 30 Disember lalu. Snogurt adalah produk tempatan dan kami memulakan perniagaan pada Oktober 2010. Kami masih dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan ini di Malaysia dahulu sebelum membawa produk ini ke luar negara. Kami turut membuka francais bagi mengembangkan perniagaan tersebut di tempat lain dalam negara ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, para pembaca boleh layari www.snogurt.com."
Farah yang bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada November 2010 mengakui belum mempunyai tanda-tanda kehamilan.
"Nampaknya saya belum mempunyai rezeki untuk hamil. Tetapi semuanya saya serahkan kepada Allah."
Jom kita tengok sikit kedai milik Farah ni :
Tahniah dan selamat berjaya Farah. Baguslah buka produk tempatan untuk memberikan saingan kepada produk luar. Semuga terus berdaya saing dengan 'Tutti Frutti'.
OH ARTIS : BIASA KE TUTTI FRUTTI DI SEKITAR AMPANG SAHAJA. MUNGKIN NANTI BOLEH CUBA PULA SNOGURT NI. DENGAN RM0.49/GM KITA BOLEH PILIH FROZEN YOGURT FLAVOR SENDIRI DAN TAMBAH TOPPING APA SAHAJA DAN BAYARAN MENGIKUT BERAT. TIP : AMBIL JE TOPPING YANG RINGAN-RINGAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan