Rita Rudaini - Google Blog Search |
:: MYARTIS.COM ::: KES CERAI - <b>RITA RUDAINI</b> LEBIH TENANG <b>...</b> Posted: 12 Jul 2012 01:47 PM PDT Rita Rudaini Mokhtar, 36, yang kini naik turun mahkamah kerana isu mohon cerai dengan suaminya Aidil Zafuan Abd Razak, 25, mengakui tidak sedikit pun tertekan mahu pun bersedih dengan masalah yang dihadapinya. Tambahnya, dia sangat bahagia di samping anaknya Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna setahun. Lebih membahagiakan, apabila dia mendapat ketenangan setelah menunaikan umrah beberapa bulan lalu. "Pernah ketika saya sedang mengandungkan Qaqa, saya masuk ke dalam bilik air untuk menangis kerana tidak mahu dilihat Rayyan, tapi Rayyan masuk ke dalam bilik air, duduk di riba saya dan menemani saya sehingga berhenti menangis. "Setelah empat tahun berumah tangga dan pernah melalui dugaan sebegini sebelum ini, hati saya sudah kebal. Saya dah puas menangis dan kini saya tak rasa sedih lagi. Yang penting, saya bahagia bersama anak-anak dan mereka adalah kekuatan saya," ujarnya dipetik sebagai berkata selepas pelancaran filem Balistik baru-baru ini. Rita ketika menunaikan umrah baru-baru ini... Seterusnya apabila menyentuh mengenai kes penceraian bersama Aidil, katanya dia kini mengikut sahaja rentak permainan Aidil dan menyerahkan nasib rumah tangganya kepada takdir. "Selepas pulang dari menunaikan umrah pertengahan Jun lepas, saya menjadi lebih kuat dan tenang. Walaupun Allah menduga saya dengan masalah rumah tangga, tapi saya dapat ketenangan dan kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan. "Malah, walaupun Ramadan belum menjelma, saya dah siapkan kelengkapan raya buat saya dan anak-anak," ujarnya yang merancang untuk menceburi bidang perniagaan dalam masa terdekat ini. |
You are subscribed to email updates from Rita Rudaini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan