Nuffnang

Selasa, 17 Julai 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


Malaysia News Today » Anak Buat <b>Saiful Apek</b> Sebak

Posted: 10 Jul 2012 07:49 AM PDT

Anak saya dicaci dan dihina di sekolah hingga prosiding kes selesai.

" Tetapi kedua-dua anak saya tidak pernah merungut atau mengadu apa yang mereka tempuhi hari-hari," kata pelawak, Mohd Saifulazam Mohamed Yusuff, 43, atau Saiful Apek yang menceritakan trauma dihadapi keluarga apabila dia didakwa di mahkamah atas kesalahan membabitkan ganja.

Dalam temu ramah eksklusif bersama Berita Harian, Saiful Apek mengakui, sepanjang perbicaraan, hatinya gelisah memikirkan dugaan yang dihadapi dua anaknya

"Anak saya pelajar yang bijak, malah mereka dilantik sebagai pengawas sekolah. Apabila terjadi perkara ini,ia memberi kesan mendalam kepada mereka.

" Saya memahami perasaan mereka. Mereka cukup kuat melalui dugaan hebat ini. Saya juga pernah terdengar, anak bergaduh dengan rakan sekolah kerana tidak tahan dihina walaupun perkara ini dirahsiakan daripada saya.

"Apa yang membuatkan saya sebak, mereka tetap menganggap saya sebagai hero," katanya.

Akhir bulan lalu, Saiful Apek dan tiga rakannya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya daripada tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan, dua tahun lalu.

Saiful Apek dan tiga rakannya dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Dearah Subang Jaya dekat sini, jam 11 malam, 12 Jun 2010.

Walaupun dibebaskan, masih ada kata-kata hina dan sindiran ditunjukkan kepadanya terutama dalam blog.

" Masih ada suara sumbang menyindir dengan perkataan yang menguris hati, malah ada yang mengatakan saya tidak serik-serik melakukan perkara itu.

" Ada pula menuduh sebab saya banyak wang, hukuman terhadap saya dilepaskan begitu saja. Sedangkan saya mengunakan saluran yang betul, iaitu undang-undang," katanya yang memberi kerjasama penuh dalam kes itu.

Seperti mati hidup semula, Saiful Apek berharap peminat dapat menerimanya semula.

"Bukan perkara mudah apabila disabitkan dengan kesalahan ini. Saya kehilangan peminat dan ramai penerbit menjauhkan diri.

" Namun, semua itu saya anggap dugaan Tuhan dalam menguji manusia yang tidak pernah terlepas daripada berbuat salah. Selepas ini, saya lebih berhati-hati memilih laluan hidup dan jika masih ada yang mahu mengata, terpulanglah," katanya reda.

Saiful Apek akui jika tidak kerana isteri tercinta, Roslina Abu Hassan, babak hitam melanda dirinya mungkin tidak tertanggung.

Luah hatinya, berkat doa isteri dan ketabahan anak, dia menjadi lebih kuat, selain sokongan peminat setia.

" Saya lemah semangat ketika itu hingga tak tengok langsung tulisan orang menghentam saya di blog. Sebagai pelawak, jiwa kami cukup sensitif," katanya.

Berita berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan