Nuffnang

Isnin, 9 Julai 2012

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Shopping Online Pilihan <b>Tiz Zaqyah</b> | OHBULAN!

Posted: 01 Jul 2012 07:17 PM PDT

Aktres terkenal tanah air, Tiz Zaqyah merupakan salah seorang artis wanita yang menggemarkan pembelian barangan menerusi online. Jadual penggambaran beliau yang padat menyebabkan beliau tiada masa untuk keluar bersiar-siar ke pusat membeli belah bagi mendapatkan barangan yang diidamkan.

Menurut Tiz Zaqyah melalui portal hiburan murai.com, beliau sebenarnya tidak banyak membeli barangan menerusi online, tetapi sejak akhir-akhir ini beliau gemar membeli kasut menerusi medium ini dan beliau turut menyatakan bahawa barangan tersebut sangat berkualiti. Disamping itu, rekaan kasut yang dibeli menerusi online merupakan rekaan yang berbeza dan menarik.

Dalam galak membeli barangan secara online, Tiz Zaqyah turut melahirkan perasaan berhati-hati beliau, dimana sebelum membeli barangan menerusi online, beliau akan mengesahkan kesahihan blog tersebut terlebih dahulu dengan cara menghubungi pemilik blog tersebut. Selain itu, beliau turut berhati-hati untuk membeli barangan di blog-blog online yang masih baru.

Bagi individu yang turut menggemarkan pembelian barangan secara online, anda boleh mencuba untuk membeli barangan di Zalora.com.my. Di sini anda bukan sahaja dapat membeli kasut yang diidamkan, malah anda turut dapat memborong baju, seluar dan tas tangan mengikut citarasa terkini.

Sumber : Murai.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan