Nuffnang

Rabu, 1 Ogos 2012

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


Puan Gojes: <b>syamsul yusof</b> personal blog

Posted: 18 Jul 2012 02:33 AM PDT

dan korang sangat meminati pengarah muda syamsul yusof atau telah mula jatuh cinta dgnnya dek kerana watak sebagai amir kat drama samarinda ameera? mai ziarah blog empunya nama. bolehla kot korang baca review filem arahan syamsul yusof or mungkin mengenali lebih dekat dengan empunya nama ;) penulisan syamsul pun sangat simple. kira dia pun blogger juga la. jom klik SiNi or korang boleh klik the banner ;)


<b>Syamsul Yusof</b> Mahu Bersara Seketika Jadi Pengarah?

Posted: 25 Jul 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2012: Sebelum meniti populariti sebagai pelakon popular, Syamsul Yusof terlebih dulu mencipta nama sebagai pengarah filem termuda dalam industri perfileman tempatan.

Ianya dibuktikan menerusi pengiktirafan yang diterima Syamsul menerusi jumlah kutipan filem yang mencatat rekod baru selain daripada anugerah yang dirangkulnya menerusi festival filem Malaysia.

Namun, selepas namanya semakin mendapat perhatian sebagai hero drama dan filem, Syamsul Yusof mengakui dia ada memasang niat untuk bersara dari menjadi pengarah untuk sementara waktu.

"Semakin lama berlakon, saya berasa semakin seronok. Hinggakan ada terniat dan terfikir hendak berhenti menjadi pengarah. Orang kata, mahu berehat seketika.

"Saya tidak dapat nafikan, minat saya untuk berlakon semakin mendalam. Apabila saya ditawarkan menjadi pelakon saja, saya jadi lebih fokus dan dapat menikmati suasana yang baru.Sekarang ini pun, saya sedang sibuk berlakon.

"Dulu memang saya lebih cenderung menjadi orang belakang tabir saja. Tetapi sekarang tidak lagi. Apa sekalipun,saya harus seimbangkan karier saya sebagai pengarah dan pelakon," katanya kepada murai.com.my.

Mengakui bidang pengarahan lebih mendatangkan lebih banyak tekanan, anak muda ini merasakan idea untuk mengarah bersama adiknya sebagai satu perkara yang kurang relevan.

"Saya tidak boleh lupa bahawa saya ada syarikat perfileman sendiri. Ia adalah tanggungjawab saya. Terus-terang, kalau sesebuah filem ada dua orang pengarah, ia boleh merumitkan kerja dan menyusahkan. Saya pun rasa kerjasama ini satu perkara yang tidak relevan.

"Namun, mungkin ada orang boleh buat satu filem dengan menggunakan khidmat dua pengarah. Insya-Allah, untuk projek akan datang, saya akan cuba bekerjasama dengan Syafiq.

"Kalau kerjasama itu menjadi pun, Syafiq boleh jadi pengarah filem dan saya lebih kepada pengarah aksi saja untuk filem tersebut," jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatan adiknya sebagai pengarah, Syamsul memberitahu adiknya lebih suka menjadi orang belakang tabir berbanding dirinya yang mempunyai minat berlakon sejak dari kecil lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan