Nuffnang

Sabtu, 15 September 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Lampu Acara Jatuh, <b>Alyah</b> Masuk Hospital | MyNewsHub

Posted: 13 Sep 2012 09:25 PM PDT

PETALING JAYA – Penyanyi Alyah dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini selepas sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah.

Sumber yang menyaksikan kejadian itu memberitahu mStar Online, Alyah mengadu sakit akibat peristiwa berkenaan menyebabkan pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulan untuk membolehkan dia mendapatkan rawatan.

Tetamu berkumpul apabila sebuah ambulan datang untuk membawa penyanyi itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil tetapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain pihak penganjur mengambil keputusan membawanya ke hospital.

"Alyah sebelum ini memang pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut," ujarnya.

Tambah saksi itu lagi, hentakan yang dialami Alyah itu menyebabkan dia tidak mampu bertutur kerana mahu menahan sakit.

Penyanyi lagu Kisah Hati itu hadir ke majlis tersebut bersama-sama selebriti lain seperti kumpulan Forteen, Tomok dan Yuna. – mStar Online

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Sakit Apendiks Tidak Halang Alyah Menyanyi

Di Sebalik 'Surprise' Remy Ishak Dalam AJL

Alyah Akhirnya Mengaku 'Berkawan' Dengan Ramli MS, Dalam Proses Kenal Hati Budi

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>Alyah</b> Dihempap Lampu Acara

Posted: 13 Sep 2012 11:10 PM PDT

Alyah Dihempap Lampu Acara: Penyanyi Alyah dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini setelah sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.

Dalam kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran bagi acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah.

Sumber yang menyaksikan kejadian itu memberitahu , Alyah mengadu sakit akibat peristiwa berkenaan menyebabkan pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulan bagi membolehkan dia mendapatkan rawatan.

"Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil tetapi untuk mengelakkan sebarang komplikasi lain pihak penganjur mengambil keputusan membawanya ke hospital.

"Alyah sebelum ini memang pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut," ujarnya.

Tambah saksi itu lagi, hentakan yang dialami Alyah itu telah menyebabkan dia tidak mampu bertutur kerana mahu menahan sakit.

Penyanyi lagu Kisah Hati itu hadir ke majlis tersebut bersama-sama selebriti lain seperti kumpulan Forteen, Tomok dan Yuna. - Alyah Dihempap Lampu Acara

Connect Facebook

5.0

Ditimpa Spotlight, <b>Alyah</b> Dimasukkan Ke Wad Kecemasan

Posted: 14 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 14 SEPT 2012: Kejadian yang tidak dijangka berlaku kepada peyanyi, Alyah apabila sebuah lampu acara (spotlight) telah jatuh ke arahnya sewaktu dia membuat persembahan di majlis rumah terbuka Hot FM yang berlangsung di Sri Pentas, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Alyah kemudian dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas difahamkan mengadu sakit akibat peristiwa berkenaan. Pengurus Alyah, Shuib yang dihubungi oleh murai.com.my sebentar tadi memberitahu Alyah kini masih di wad kecemasan dan sedang mendapat rawatan daripada doktor.

"Saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana masih belum mengetahui bagaimana keadaannya lagi selepas kejadian. Namun kini dia sedang dirawat or di wad kecemasan.

"Kami juga terkejut dengan apa yang berlaku kerana tidak menyangka bagaimana spotlight yang telah berada di pentas itu boleh jatuh ke arahnya," katanya dengan ringkas yang tidak mahu mengulas lanjut.

Menurut Shiub, dia bakal memberi kenyataan selanjutnya pada media lewat petang ini, selepas semua keadaan serta kekecohan yang baru sahaja berlaku di Sri Pentas menjadi reda dan stabil.

Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang ini menghadirkan diri ke majlis berkenaan untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Turut bersama dalam majlis tersebut adalah Yuna, Tomok dan kumpulan Forteen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan