Iqram Dinzly - Google Blog Search |
<b>Iqram Dinzly</b> Semakin Tenang Selepas Mendekatkan Diri Dengan <b>...</b> Posted: 27 Aug 2012 11:17 PM PDT Iqram Dinzly yang mengakui semakin tenang selepas keputusan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Sudah menjadi topik hangat di kalangan peminat-peminat yang mengatakan barisan artis yang berhijrah ke jalan Allah S.W.T adalah kerana ingin menyertai parti politik, Iqram pula tidak mahu niat dan erti hijrah seseorang itu disalah ertikan. Bagi Iqram, dia kurang senang dengan dakwaan seperti itu dari segelintir pihak. Iqram dengan jelas menyatakan untuk mendalami ilmu agama Islam, banyak cara yang boleh dilakukan selain dengan menyertai parti politik. "Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan. "Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam," kata Iqram yang dipetik dari portal Murai.com. Menceritakan saat hatinya terbuka untuk mendekati Tuhan dan agama, Iqram menyatakan semuanya bermula dari ajakan rakan-rakannya. Selepas menyertai rakan-rakannya dalam mencari ilmu dan hukum Islam, Iqram mengakui dirinya semakin tenang dan jelas menampakkan perubahan diri yang lebih positif. "Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya. "Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini. "Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh," katanya. Iqram telah pun menyertai kumpulan Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas. Antara artis yang terlibat dalam penubuhan kumpulan Fitrah adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson yang telah melakukan penghijrahan diri baru-baru ini. – Mynewshub |
Drama Ikatan Lakonan <b>Iqram Dinzly</b> dan Ayu Raudah | Sensasi <b>...</b> Posted: 22 Sep 2012 07:26 PM PDT Drama Ikatan Lakonan Iqram Dinzly dan Ayu Raudah Dalam Slot Citra di TV2 "Ikatan" seringkali dikaitkan dengan hubungan persaudaraan, persahabatan, percintaan dan apa jua bentuk hubungan yang terbina antara seorang individu dengan individu yang lain. Ianya lebih menarik bila ikatan-ikatan tersebut disatukan dan dikembangkan dalam sebuah telemovie bertajuk "Ikatan" yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 25 September 2012, jam 10.00 malam. Mengisi slot Citra di TV2, drama menggandingkan watak utama Iqram Dinzly dan Ayu Raudah di samping Hilal Azman, Liza Abdullah dan Rahhim Omar ini mengisahkan persahabatan yang terjalin antara Noraini dan Fariz yang bersahabat sejak kecil patahlagi kedua ibu bapa mereka juga bersahabat baik. Namun takdir memisahkan mereka apabila bapa Fariz dihantar bertugas ke tempat kerja baru. Sebagai kenangan perpisahan, Noraini memberikan hadiah kepada Fariz. Fariz yang tidak memberikan hadiah semasa perpisahan tersebut berjanji untuk membalas hadiah Noraini apabila mereka bertemu semula. Perpisahan dan janji-janji tersebut diabadikan dalam sebuah portrait oleh bapa Fariz. Noraini dan Fariz tidak pernah bertemu semula selepas itu sehinggalah 22 tahun kemudian. Ketika itu kehidupan Noraini penuh cabaran dan rintangan setelah dipisahkan keluarga kerana berkahwin tanpa restu ibubapa. Noraini yang bekerja sebagai penyelia kilang juga telah berpisah dengan suaminya, Rostam apabila suaminya dipenjara kerana menyamun. Fariz pula menjadi seorang akitek yang berjaya dan memiliki cinta hatinya sendiri bernama Suraya. Fariz sibuk melayan kekasihnya dan ketika melihat gambar-gambar lama bersama-sama Suraya, Suraya terjumpa sekeping gambar Fariz semasa zaman kanak-kanak bersama seorang kanak-kanak perempuan. Ibu Fariz menceritakan kepada Suraya dan Fariz kisah di sebalik potret tersebut. Fariz menyimpan gambar tersebut, bertujuan untuk mencari dan menunaikan janjinya kepada 'Baby'. Kehidupan Noraini nampak cerah apabila ia ditawarkan bekerja sebagai pembantu kerani akaun oleh syarikat tempat ia bekerja, namun kesihatan anaknya Azam yang disahkan mengidap penyakit buah pinggang membantutkan usaha tersebut. Dia terpaksa kerap meminta cuti dari majikannya. Lebih mendesak, kos rawatan yang tinggi juga memaksa Noraini meminjam wang dari rakan sekerja. Rakan sekerja Noraini membantu mengumpul dana di kilang tempat mereka bekerja, namun jumlah kutipan terlalu sedikit. Bagi membantu Noraini, pihak kilang mencadangkan Noraini mendapatkan bantuan akhbar. Walaupun agak keberatan, namun demi kesihatan anaknya Noraini bersetuju. Apabila cerita Noraini keluar diakhbar, ia mendapat reaksi baik dari orang ramai. Ramai yang tampil menderma termasuk Fariz. Fariz tidak mengenali Noraini tetapi mengecam muka Noraini yang dilanggarnya di laluan pejalan kaki hospital, ketika Azam pertama kali dikejarkan ke hospital. Ketika itu Fariz berada di hospital untuk bertemu rakan baiknya Dr. Daud. Ibu Noraini yang telah berpisah dengan anaknya semenjak Noraini berkahwin lari dengan Rostam turut membaca cerita Noraini di dalam akhbar. Kasihan terhadap nasib Noraini, Radziyah telah menghubungi dan membantu Noraini tanpa pengetahuan suaminya. Konflik berlaku bila Rostam yang baru sahaja keluar dari penjara juga terbaca cerita Noraini. Dia mahu membalas dendam kerana Noraini melarikan diri bersama anaknya 3 tahun lalu. Rostam mula mengintip segala pergerakan Noraini. Ketika Noraini baru sahaja keluar dari bank, begnya telah diragut. Rostam datang membantu Noraini dan cuba berbaik-baik semula dengan Noraini. Noraini tidak tahu bahawa Rostamlah perancang semua itu dengan rakan-rakannya. Lalu apakah penyudahnya? Dapatkah Noraini mengharungi cabaran hidup yang merintang di hadapannya? Bagaimana pula kesudahan episod cinta antara Fariz dan Suraya akibat salah faham yang tidak dapat dielakkan? Tags: Anugerah MTV Eropah, ayu raudah, Drama Ikatan, gambar kekasih, Hilal Azman, Iqram Dinzly, kekasih Nad Zainal, Liza Abdullah, Lynda, Rahhim Omar, sinopsis drama, Yuna Tags: Anugerah MTV Eropah, ayu raudah, Drama Ikatan, gambar kekasih, Hilal Azman, Iqram Dinzly, kekasih Nad Zainal, Liza Abdullah, Lynda, Rahhim Omar, sinopsis drama, YunaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Iqram Dinzly - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan