Nuffnang

Ahad, 23 September 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


Media Sosial Mampu Meriahkan Industri Muzik - <b>Jamal Abdillah</b>

Posted: 05 Sep 2012 12:06 AM PDT

Penglibatan media sosial dalam usaha mempromosikan penyanyi di negara ini nyata memeriahkan industri muzik tanah air  namun masih terdapat implikasinya.

Raja Pop, Jamal Abdillah turut mengakui media sosial mampu memeriahkan industri muzik tanah air, namun tiada anjakan yang mampu diberikan.

"Industri muzik sekarang meriah, tetapi untuk meraih nama dalam arena ini, agak susah. Penglibatan media baru (internet) membolehkan peminat dapatkan hasil karya tanpa perlu ke konsert ataupun membeli album.

"Situasi ini secara tidak langsung mengganggu perkembangan industri muzik tanah air. Tiada kejutan, mendatar sahaja," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Dalam perkembanganlain, Jamal akan mengadakan Konsert Gemilang di empat lokasi iaitu Singapura, Kuantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada bulan Oktober ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan