Nuffnang

Isnin, 1 Oktober 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


PENYANYI <b>ALYAH</b> MASUK HOSPITAL LAMPU SPOT LIGHT JATUH

Posted: 13 Sep 2012 09:33 PM PDT

gambar alyah masuk hospital penyanyi alyah masuk hospital lampu spot light jatuh

Penyanyi Alyah masuk hospital lampu spot light jatuh

Alyah dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini selepas sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah

Sumber yang menyaksikan kejadian itu memberitahu mStar Online, Alyah mengadu sakit akibat peristiwa berkenaan menyebabkan pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulan untuk membolehkan dia mendapatkan rawatan

"Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil tetapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain pihak penganjur mengambil keputusan membawanya ke hospital

"Alyah sebelum ini memang pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut," ujarnya

Tambah saksi itu lagi, hentakan yang dialami Alyah itu menyebabkan dia tidak mampu bertutur kerana mahu menahan sakit

Penyanyi lagu Kisah Hati itu hadir ke majlis tersebut bersama-sama selebriti lain seperti kumpulan Forteen, Tomok dan Yuna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan