Fauzi Nawawi - Google Blog Search |
<b>Fauzi Nawawi</b> ada kekasih lain?? Posted: 14 Mar 2010 11:00 PM PDT Tidak dapat dinafikan sebelum ini memang pernah ada gosip mengatakan hubungan Lis dan Fauzi sedikit goyang. Tapi Fauzi sudah membuat kenyataan, walau apa pun terjadi dia akan tetap mempertahankan rumah tangganya. Maknanya dia tetap sayangkan rumah tangga dan anak-anaknya. Namun Ayu (bukan nama sebenar) mahu mengambil tahu, siapakah perempuan yang dia nampak berjalan dengan Fauzi baru-baru ni itu? Si Ayu betul-betul curiga kerana dia sangkakan Fauzi mungkin berkahwin lain secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Wanita yang didakwa Ayu bersama Fauzi itu kelihatan seperti akrab dan mesra. Jawapan untuk Ayu senang saja. Tak salah kalau seseorang itu nak berjalan dengan sesiapa pun asalkan tidak berlebih-lebih cukuplah. Mungkin orang yang dimaksudkan Ayu itu pelakon yang sama-sama terlibat dengan produksi drama. Ataupun saudara-mara Fauzi sendiri. Entah-entah Fauzi bersama wartawan hiburan yang baru habis fotografi di ibu kota. Siapa tahu kan? Ataupun juga lelaki tersebut orang yang seiras dengan Fauzi. Yalah... Selama ini pun banyak tersebar kononnya ada video tak senonoh melibatkan Fauzi di internet sedangkan orang yang dimaksudkan itu adalah lelaki lain yang mempunyai wajah seakan-akan sama. -Utusan |
You are subscribed to email updates from Fauzi Nawawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan