Diana Danielle - Google Blog Search |
<b>Diana Danielle</b> Panik & Hampir Migrain Untuk Persiapan Hari <b>...</b> Posted: 21 Oct 2012 08:43 PM PDT Mungkin kerana terlalu cepat dan tidak disangka-sangka, menerusi laporan mStar Online hari ini, Diana Danielle dikhabarkan berasa panik dan tidak keruan kerana hari pernikahannya bersama Farid Kamil pada 3 November ini sudah semakin hampir. Pelakon yang baru berusia 21 tahun ini memberitahu bahawa pelbagai persiapan dalam masa yang singkat serta sedikit tekanan menyebabkan dirinya juga menghadapi masalah kesihatan. "Saya masih kelam-kabut dalam membuat persiapan menjelang hari pernikahan kami pada 3 November depan. Ini kerana, semua persiapan untuk majlis itu saya dan keluarga lakukan sendiri. Alhamdulillah, walaupun keadaan agak berserabut dan beberapa kali saya hampir terkena migrain, semua persiapan berjalan dengan baik," ujar Diana Danielle. Namun begitu, kesemuanya sudah pun selesai dan kini mereka sekeluarga sedang sibuk mengedarkan kad jemputan. "Cuma, kini kami sedang sibuk dengan urusan mengedarkan kad jemputan pula." Untuk pengetahuan, Diana Danielle dan Farid Kamil telah bertunang pada 2 September lepas dan majlis pernikahan mereka akan berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang. |
You are subscribed to email updates from Diana Danielle - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan