Rita Rudaini - Google Blog Search |
<b>Rita Rudaini</b> Tidak Serik Menerima Lelaki Lain | OHBULAN! Posted: 23 Oct 2012 11:31 PM PDT Rita Rudaini merupakan nama yang tidak asing lagi dengan kontroversi rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak. Meskipun isu rumah tangga aktres ini mendapat liputan meluas di media masa, sebagai pelakon dan ibu kepada dua orang cahaya mata, Rita tetap tabah mengharungi segala dugaan tersebut. Mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi dirinya, Rita akui dia tidak serik untuk menerima kehadiran lelaki lain sekiranya rumah tangga yang dibina sekarang ini berakhir. "Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dan setiap tawaran baik drama mahupun filem saya anggap rezeki anak-anak. Soal jodoh saya serahkan pada Tuhan untuk menentukan, siapa saya yang mahu melawan takdir kan? Walaupun rumah tangga saya berantakan dan tidak tahu apa penghujungnya, namun andai suatu hari nanti kami tiada jodoh, saya tidak akan serik untuk menerima lelaki lain dalam hidup saya dan anak-anak." "Walaupun saya boleh membesarkan anak-anak sendirian, tetapi saya tetap perlukan seseorang bernama lelaki untuk menjadi pelindung dan pembimbing kami anak-beranak. Usia tidak menjadi hal, yang lebih penting lelaki tersebut haruslah mempunyai asas agama yang kuat, berpendirian teguh, tahu apa yang dilakukan dan bukan seperti lalang yang hanya mendengar dan mengikut kata-kata orang lain," ulas Rita menerusi laporan Sinar Harian Online. |
<b>Rita Rudaini</b> & Anne Ngasri Hiasi Muka Depan Mingguan Wanita <b>...</b> Posted: 23 Oct 2012 07:54 PM PDT Bagi edisi istimewa Hari Raya Aidiladha kali ini, Majalah Mingguan Wanita akan menampilkan dua 'Mama Hot' iaitu Rita Rudaini dan Anne Ngasri sebagai penghias muka depan majalah mereka. Menerusi foto yang dipaparkan di halaman muka depan majalah tersebut, Rita Rudaini dan Anne Ngasri kelihatan sungguh manis dan sopan tatkala menggayakan baju kurung daripada rona kuning dan pink cerah. Penampilan Anne bertambah ayu apabila si gadis menggayakan lilitan tudung yang sederhana ringkas dan ia turut menonjolkan lagi aura ayu buat aktres cantik ini. Bagi edisi kali ini terdapat pelbagai topik yang akan dibincangkan, antaranya adalah Tips solekan untuk tampil lebih muda, 6 strategi karier untuk wanita, Benarkah berkorban itu tanda cinta? dan topik yang paling istimewa adalah 'Korban Kasih Anne dan Rita.' Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai topik-topik yang akan dibincangkan, jangan ketinggalan untuk dapatkannya di pasaran mulai 26 Oktober ini. |
You are subscribed to email updates from Rita Rudaini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan