Nuffnang

Jumaat, 12 Oktober 2012

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Ayu Raudhah Tiada Sebarang Masalah Dengan <b>Rita Rudaini</b> <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 08:55 PM PDT

Sejak akhir-akhir ini, kemelut antara pelakon Ayu Raudhah dan Rita Rudaini menjadi semakin rumit. Oleh itu, menerusi laporan pihak media Sinar Harian hari ini, Ayu Raudhah telah menyatakan yang dia telah lali dengan segala cerita yang dikeluarkan mengenai dirinya dan aktress berkenaan.

Selain itu, Ayu Raudhah turut memaklumkan bahawa sebelum ini dia langsung tiada sebarang masalah dengan Rita Rudaini dan dia juga hairan mengapa hubungan mereka jadi begini. Ayu turut menyatakan bahawa dia sedia berjumpa dengan Rita, sekiranya tindakan tersebut boleh menjernihkan kemelut yang melanda mereka.

Disamping itu, menerusi laporan pihak Gua.com pula, Ayu mendakwa yang dirinya dimarah dan dicemuh melalui akaun Twitter, tetapi dia tidak mahu mengambil serius mengenai perkara itu, apatah lagi berasa tertekan dengan situasi tersebut. Sebagai seorang artis, Ayu mengaku yang dirinya sememangnya tidak akan terlepas daripada sebarang isu kontroversi dan dia telah terbiasa dengan semuanya.

Untuk makluman semua, Ayu Raudhah kini telah hamil tiga bulan. Sepanjang tempoh kehamilan, Ayu memaklumkan bahawa dirinya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk dan dia bersyukur dengan segalanya.

Kredit Foto : deZahra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan