Scha Alyahya - Google Blog Search |
Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail!: <b>Scha Al Yahya</b> nafi mencuri pakaian Posted: 19 Oct 2012 08:58 PM PDT Pelakon popular, Scha Al-Yahya menafikan tuduhan yang mengatakan dia dan suaminya Awal Ashaari telah mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian terkemuka. Dipetik daripada MalaysianDigest, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya berkata, tuduhan yang dilemparkan itu telah menjejaskan reputasinya dan suami. "Saya pening sebenarnya. Ada yang kata saya yang mencuri pakaian itu dan ada pula yang kata suami yang mencuri." "Saya tahu mungkin orang kurang mempercayai penjelasan saya, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin. Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran treler filem "Awan Dania The Movie" di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang baru-baru ini. Pada bulan lepas, telah timbul gosip yang mengatakan seorang pelakon popular yang dijemput ke majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah mencuri beberapa helai pakaian yang dianggarkan bernilai RM2,000. Kemudian pelbagai spekulasi timbul yang menuduh Scha dan Awal didakwa ada kaitan dengan gosip tersebut, dimana mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai pakaian milik mereka. Sementara itu, Scha, 29 tahun memberitahu bahawa dia telah berjumpa dengan pihak pengurusan gedung pakaian tersebut untuk meminta pihak tersebut membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan keadaan sebenar. "Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata tak ada. Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk membuat sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian," jelas Scha yang terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat pihak gedung pakaian tersebut. |
You are subscribed to email updates from Scha Alyahya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan