Aliff Aziz - Google Blog Search |
Anne Ngasri: Pasal Tunang, <b>Aliff Aziz</b> Tahu Posted: 13 Nov 2012 04:00 AM PST berita | Tempatan KUALA LUMPUR, 13 NOV 2012: Pelakon Anne Ngasri mengakui bahawa bekas kekasihnya, Aliff Aziz sudah pun mengetahui tentang keputusannnya untuk mengikat tali pertunangan dengan ahli politik berusia 40 tahun, Mohd Sumali Reduan pada saat majlis tersebut berlangsung di kediaman keluarganya di Taman Bukit Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada pagi Ahad lalu. "Dia tahu...," kata Anne Ngasri kepada murai.com.my sambil mengangguk-angguk kepala. Dia yang sentiasa tidak lekang dengan senyuman juga kelihatan cukup anggun mengenakan busana berona hijau serindit rekaan Ezuwan Ismail. "Tapi, dia (Aliff Aziz) tidak pernah kenal dengan tunang saya sebelum ini," kata Anne Ngasri lagi. Ditanya, tidakkah dia bimbang dengan komen segelintir pihak yang mungkin berpendapat bahawa keputusannya untuk bertunang dengan duda anak satu itu terlalu cepat dibuat sedangkan dia baru saja putus dengan Aliff Aziz pada hujung September lalu, Anne Ngasri cepat-cepat memberitahu bahawa dia langsung tidak komen tentang hal tersebut. "Tentang hal itu, kalau boleh saya tidak mahu komen apa-apa. Macam yang saya cakap, apa yang berlaku hari ini (pertunangan saya) berlaku atas kehendak dan kuasa Allah SWT. Pada majlis pertunangan yang dihadiri keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak, Anne Ngasri telah menerima sebentuk cincin berlian belah rotan bersalut emas ros serta lima dulunag hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas lima dulang daripada pihak perempuan. Majlis pertunangan itu berlangsung pada jam 11 pagi. |
You are subscribed to email updates from Aliff Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan