Nuffnang

Sabtu, 17 November 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>shaheizy sam</b> akui &#39;rapat&#39; dengan syatilla melvin - MyArtis

Posted: 15 Nov 2012 01:57 PM PST


Jika tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang.

Nah.. peribahasa tersebut kini amat bersesuaian sekali dengan pelakon Shaheizy Sam yang akhirnya mengakui rapat dengan Syatilla Melvin. Katanya, sifat memahami terhadap dirinya merupakan faktor utama mereka menjadi mesra sejak 2011.

"Saya selesa berkawan rapat dengan dia kerana sikapnya yang memahami. Dia tidak pernah bertanya itu dan ini mengenai kerja saya kerana dia faham dan sokong apa yang saya lakukan.

Klik untuk imej besar...

"Namun, saya tidak mahu memikirkan secara serius mengenai persahabatan kami pada waktu ini. Segalanya masih terlalu awal," katanya kepada media.

Tambah Sam juga, dia tidak suka mendedahkan kisah peribadinya kepada umum. Alasannya, tiada apa yang menarik mengenai hal peribadinya yang mahu ditonjolkan.

"Sebab itu dari dulu lagi saya selesa menyendiri dan tidak banyak bercerita mengenai urusan peribadi termasuk soal cinta," ujar Sam yang baru-baru memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2012.

Namun bila diajukan soalan mengenai dakwaan kononnya dia sudah menemui keluarga Syatilla Melvin yang berkemungkinan 'masuk merisik', Sam bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Katanya, dia perlu menjaga hati banyak pihak agar tiada yang 'terluka' dikemudian hari.

"Maaf, saya tidak dapat komen sejauh mana rapatnya hubungan saya dan Syatilla. Cukuplah, saya katakan kami berkawan.

"Banyak hati yang perlu saya jaga, jadi lebih manis jika saya tidak bercakap lebih lanjut," jelas Sam seolah mahu berselindung.

Untuk info, Syatilla Melvin sebelum ini pernah memasuki finalis Dewi Remaja 2010. Kerjayanya makin meningkat apabila dia berpeluang menjadi model untuk iklan TV hingga dikenali ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan