Atilia - Google Blog Search |
MAJLIS PERKAHWINAN <b>ATILIA</b> AWAL TAHUN 2013 | Blog Fyna Posted: 27 Nov 2012 11:44 PM PST Number of View: 320 " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); MAJLIS PERKAHWINAN ATILIA AWAL TAHUN 2013 | ATILIA KAHWIN 2013 SUMBER : Mediahiburan Sebelum ini ada khabar angin yang menyatakan penyanyi Atilia akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya pada Bulan Disember ini. MH online menghubungi penyanyi yang juga anak kepada Salamiah Hassan ini untuk mendapatkan penjelasannya. "Memang kami ada rancang dan beritahu sebelum ini bahawa kami akan berkahwin pada Disember. Tetapi melihatkan kesibukan jadual saya yang penuh dengan pelbagai pertunjukan di hujung minggu sepanjang Disember, maka kami mengambil keputusan untuk menangguhkan dulu rancangan ini. Sayang pula nak tolak persembahan," ujar Atilia. Ditanya bilakah tarikh sebenar majlisnya akan berlangsung, ini jawab Atilia, "Sebenarnya kami belum mendapat tarikh yang pasti untuk melangsungkan majlis. Cuma, mungkin kami akan berkahwin dan adakan majlis kecil-kecilan serta ringkas di rumah ayah saya sama ada pada bulan Januari atau Februari tahun depan. Setakat ini, tarikhnya belum pasti lagi. InsyAllah, apabila dapat tarikhnya nanti saya akan sebarkan melalui twitter untuk pengetahuan semua. Kami memang jenis orang yang suka buat kerja 'last minute'," kata Atilia sambil ketawa. Sepanjang Disember ini, Atilia akan terbang ke China untuk urusan kerja pada 7, 8 dan 9 Disember dan selepas itu, dia akan terlibat dalam persembahan bersama Dato' Siti Nurhaliza untuk menjayakan konsert jazz. |
You are subscribed to email updates from Atilia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan