Shila Amzah - Google Blog Search |
<b>Shila Amzah</b> Terus Bertuah Posted: 25 Nov 2012 03:18 PM PST Shah Alam: Tuah terus menyebelahi penyanyi Shila Amzah apabila lagunya, Patah Seribu yang memenangi trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-19 baru-baru ini, layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2012, Januari depan. Lagu ciptaan Shila itu bakal bersaing dengan 11 lagu lain berdasarkan keputusan yang diumumkan pada saringan peringkat ketiga Muzik-Muzik 27 (MM27) yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Sri Pentas 2 di sini, malam tadi. Mengiringi lagu Patah Seribu pada Anugerah Juara Lagu 2012 kelak ialah Teman Pengganti nyanyian Black & Malique (Malique); Simetri - Hazama & Amy Search (Audi Mok/Zel Firdhaus Haduan); Andaiku Bercinta Lagi - Mojo (Edry Abdul Halim); Ku Akui - Hafiz (Ajai) dan Idola - Azlan & The Typewriter (Audi Mok/Azlan). Turut mara ke peringkat final ialah lagu Pelangi Senja - Stacy (Taja/Tun Teja); Anak Kampung - One Nation Emcees & Jimmy Palikat (Jimmy Palikat); Ombak Rindu - Hafiz & Adira (Nurzaidi Abdul Rahman); Terukir Di Bintang - Yuna (Yunalis Zarai); Lagu - Bedroom Sanctuary (Bo Amir Iqram) dan Tanpamu - Amir Jahari (Amir Jahari). Dengan pengumuman itu, penyanyi Hafiz akan mendendangkan dua lagu pada Anugerah Juara Lagu 2012 iaitu Ku Akui dan lagu duet popularnya bersama Adira, Ombak Rindu. Sebanyak 30 lagu dipertandingkan pada peringkat separuh akhir yang dikendalikan dalam tiga saringan. Hanya lagu yang menduduki carta 12 lagu terbaik saja dipilih untuk bertanding di peringkat akhir. |
You are subscribed to email updates from Shila Amzah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan