Nuffnang

Ahad, 4 November 2012

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> & Diana Danielle Sah Suami Isteri - Gua.com.my

Posted: 02 Nov 2012 07:45 PM PDT

Dengan sekali lafaz, Diana Danielle Danny Beeson kini sah menjadi isteri kepada pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil disaksikan hadirin yang hadir di Hotel Flamingo,Ampang, Kuala Lumpur.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Takbir Agama/ Pendaftar Kanan Daerah Gombak iaitu, Ustaz Haji Daim Jajuli disaksikan oleh dua orang adik Farid pada 9.12 pagi.

Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di tepi tasik ruang legar hotel tersebut. Farid seterusnya terus menunaikan solat sujud syukur sejurus selepas itu bagi memanjatkan kesyukuran.

Pasangan selebriti tersebut telah mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu di kediaman keluarga Diana di Damansara.

Kelihatan manis berbaju putih dan berkain sarung, majlis bersaksikan 300 orang tetamu di kalangan kaum keluarga kedua belah pihak dan rakan taulan rapat.

"Saya bersyukur semuanya berjalan lancar pada hari yang sangat bermakna kepada saya dan juga Diana. Saya mengharapkan perkahwinan ini kekal ke alam syurga," kata Farid Kamil di majlis akad nikah tersebut.

Aktres kacukan Amerika-Melayu ini menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki berupa senaskhah Al-Quran dan telekung, sirih junjung, mas kahwin dan cincin, sepasang persalinan, manisan, kek serta kasut dan bag.

Manakala Farid pula menerima tujuh dulang iaitu mini bike Kawasaki, sirih junjung dan Bubble Gum Towel, set pewangi Hugo Boss, sebentuk cincin dan wallet, majalah Polo,manisan dan foto album daripada pihak pengantin.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 30 November 2012 manakala majlis sambut menantu pula akan berlangsung pada 12 Disember di Jitra, Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan