Izreen Azminda - Google Blog Search |
Penyakit Punca <b>Izreen Azminda</b> 'Tiada Disiplin' Posted: 22 Oct 2012 11:50 AM PDT PETALING JAYA: Dakwaan ke atas pelakon Izreen Azminda melalui tindakannya sering menjauhkan diri daripada khalayak selain kurang mendapat publisiti sejak mendirikan rumah tangga bukan disebabkan masalah disiplin seperti diperkatakan. Apa yang berlaku sebenarnya kata Izreen Azminda ialah, dia terikat dengan jadual penggambaran yang padat selain mengalami masalah kesihatan selepas berkahwin dengan jurukamera Mohammad Riza Baharuddin pada 30 Ogos lalu.
Menurut Izreen, keadaan kesihatan dirinya yang tidak menentu kerana masalah tekanan darah rendah yang dialami menyebabkan dia dituduh sedemikian. "Sebenarnya saya memang mempunyai masalah tekanan darah rendah sejak dulu lagi tetapi keadaan bertambah buruk apabila saya terbabit dalam penggambaran tanpa henti sejak lepas kahwin. "Bayangkan, saya menghabiskan masa dan berbulan madu dengan suami pun melalui projek drama yang kami sama-sama terlibat. "Mungkin sebab itu ada pihak salah anggap dan membuat andaian saya sengaja menjauhkan diri sedangkan saya sibuk sehingga hari ini," katanya. Ketika ditanya mengenai pengalaman berumah tangga, Izreen berkata, status sebagai seorang isteri membawa perubahan besar kepada kehidupannya. "Banyak perubahan besar saya alami dalam perkahwinan ini. Ia mengajar saya mengenai soal tanggungjawab dan penampilan diri. "Sebelum ini saya seorang yang kasar dan lasak tetapi perkahwinan ini mengubah saya menjadi semakin feminin dan lembut," katanya yang masih belum dikurniakan rezeki untuk hamil. Dalam perkembangan terbaru Izreen, beliau buat masa sekarang masih lagi terikat dengan penggambaran drama bersiri Julia yang kini ditayangkan di TV3. Kemudian jadualnya agak padat selepas itu, kerana dia bakal memasuki set penggambaran drama 30 episod berjudul Sehangat Asmara pula. |
You are subscribed to email updates from Izreen Azminda - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan