Fouziah Gous - Google Blog Search |
Lawak Kemaluan, Apa Komen <b>Fouziah Gous</b>? - Gua.com.my Posted: 11 Nov 2012 08:34 AM PST Bagi mereka yang menonton malam Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, malam Jumaat lalu, sudah pasti anda mengetahui mengenai kata-kata Zizan Razak kepada pelakon cantik, Fouziah Gous ketika mereka berada di atas pentas bagi menyampaikan trofi Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik Drama. Mungkin Zizan selaku seorang pelawak menganggap ia sebagai satu gurauan namun tidak bagi penonton yang mendengarnya dan menganggap ia sebagai satu gurauan yang agak kasar dan tidak patut diungkapkan apatah lagi pada majlis penganugerahan berprestij. Apa pula komen empunya badan, Fouziah Gous mengenai isu ini? GUA berkesempatan bertemu dengan pelakon drama bersiri, 'Julia' ini ketika di majlis Post Party yang diadakan sejurus selesai majlis dan ini jawapannya. "Saya tak nak ambil perkara ini terlalu mendalam sangat. Mungkin dia hanya melawak saja. Bagi saya, jika serius sangat pun, takut nanti orang akan bosan. Sewaktu dia cakap begitu pun, saya tak terkejut sangat dan menganggap ia sebagai satu jenaka saja," ujarnya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu ini. |
You are subscribed to email updates from Fouziah Gous - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan