Hans Isaac - Google Blog Search |
Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail!: Neelofa rimas dikatakan bercinta <b>...</b> Posted: 01 Nov 2012 01:30 AM PDT Pelakon dan pengacara rancangan Nona, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor rimas apabila seringkali diajukan soalan bekaitan kisah peribadinya dan mengaitkan nama aktor tempatan, Hans Isaac dengan dirinya. Terbaru, Hans Isaac telah menyatakan kisah perhubungan yang pada mulanya hanya sebagai seorang kawan namun kini telah menjadi lebih serius. Namun untuk mengelakkan sejarah mungkin berulang, Hans Isaac tidak lagi mahu berkongsi sepenuhnya kisah peribadinya kepada umum. "Sudah lebih 20 tahun saya berkongsi rahsia peribadi saya kepada semua. Bermacam kisah saya kongsi. Mungkin kali ini saya mahu mengambil sikap berdiam diri dan lihat sahaja ke mana arah hubungan ini pergi." Berbalik kepada Neelofa pula, apabila ditanya apakah perasaannya kini setelah mendapat tahu Hans mengakui hubungan bersamanya di tahap serius, Neelofa tidak memberikan kata pasti lantas memberitahu kenyataan Hans telah disalah erti oleh pihak wartawan. "Ketika ditemuramah pihak wartawan, saya ada bersamanya dan saya tahu apa yang dia cakap (Hans). "Setelah membaca kenyataan yang ditulis di surat khabar tersebut saya terkejut kerana apa yang dicakap Hans ketika itu berlainan dengan apa yang ditulis." Ujar pelakon filem "Azura 2012" ini lagi, dia menganggap Hans antara rakan baiknya sahaja dan memberitahu bahawa jika ada kelapangan, memang dia akan hubungi Hans untuk keluar bersama. Apabila diminta memberi komen mengenai pengakuan jujur yang dibuat Hans, Neelofa enggan memberi komen lebih lanjut dan rimas apabila seringkali ditanyakan dengan persoalan yang sama. "Saya tidak mahu bercakap lebih mengenai hubungan ini. Saya kadang-kadang malas nak layan apabila orang tanya perkara yang sama kerana saya rasa perjalanan karier lebih penting berbanding kisah peribadi individu." Dalam perkembangan lain, Neelofa telah diberi kepercayaan untuk mengacara sebuah majlis berprestij terbitan TV3 iaitu Anugerah Skrin 2012 yang bakal berlangsung pada 9 November ini bersama Awal Ashaari. |
You are subscribed to email updates from Hans Isaac - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan