Nuffnang

Jumaat, 2 November 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> Akui Single &#39;Angin Syurga&#39; Gagal!! | buahmulut.com

Posted: 18 Oct 2012 10:37 AM PDT

Apa cerita Misha Omar? Agak lama menyepi menyembunyikan diri, ramai juga sangsi dan bergosip yang kononya Misha kini sudah bergelar Isteri. Benarkah?

Kami pasti anda pun sangsi dengan cerita sebegini. Lantaran itu berkesempatan bersua muka denganya di sidang media ASK 2012 baru-baru ini memberi peluang kepada kami bertanyakan hal sedemikian.

Memperkatakan tentang masa depan rumah tangganya Misha memaklumkan yang sehingga kini beliau dan tunangnya masih belum ada tarikh yang tetap untuk majlis pernikahanya nanti.

Ujarnya "Saya masih belum membuat apa-apa persiapan lagi sebab tidak ada tarikh tetap lagi bila kami akan bernikah. Jadi persiapan akan dibuat sebaik sahaja sudah ada tarikh yang sesuai dan saya tak terasa akan mempercepatkan pernikahan kami kerana bagi saya lebih baik tangguhkan majlis dahulu daripada membatalkanya terus."

"Lagipun saya kena memahami kerja tunang saya dan bagi peluang untuk dia mengembangkan kerjayanya lagi. Saya pun tak terlalu mendesak sangat dia untuk mempercepatkan pernikahan kami kerana saya faham tugasnya dan akan buat keputusan bila dia dah bersedia."

Ok!!. itu kisah tentang perkahwinanya. Bagaimana pula dengan nyanyian? Benarkah singlenya yang terbaru kurang mendapat sambutan? Dengar kata juga lagunya itu jarang sekali diputarkan di radio. Dimana Silapnya? Bertanyakan hal itu sendiri kepada Misha, beliau mengakui yang single terbarunya berjudul Angin Syurga gagal mendapat tempat di hati pendengar.

Menurut Misha "Saya akui single terbaru saya Angin Syurga itu tidak mendapat respon yang baik dari peminat-peminat. Saya pun kurang pasti di mana silapnya. Mungkin lagu itu tidak bertepatan dengan cita rasa mereka agaknya. Ataupun mungkin belum nasib saya barangkali. "

Hal sedemikian menurut Misha tidak mematahkan semangatnya untuk terus bernyanyi seperti biasa kerana bidang nyanyian sudah menjadi darah dagingnya.

"Insyallah saya sekarang sedang menyiapkan album penuh yang ke 4 pula dan dijangka akan keluar pada awal tahun 2013. Apa yang terjadi kepada single terbaru iaitu Angin Syurga tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkarya. Bagi saya sebagai seorang anak seni seharusnya kita tahan diuji dengan cabaran sebegini. Tidak semestinya jika seseorang itu sudah dikenali maka karya-karya yang seterusnya boleh diterima peminat." Ujar Misha

Random Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan