Nuffnang

Jumaat, 2 November 2012

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Hot Guy Award, Apa Kata <b>Zizan Razak</b>? - Gua.com.my

Posted: 21 Oct 2012 10:27 PM PDT

Selepas mengenepikan Aaron Aziz untuk kategori Anugerah Hero Terhebat pada malam kemuncak Anugerah Blokbuster 2011 pada 6 Oktober lalu, Zizan Razak mungkin mencipta satu lagi kejutan apabila di tercalon dalam kategori Hot Guy Award untuk Shout Awards 2012. Untuk kategori ini Zizan perlu berentap dengan lima lagi calon lain iaitu Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Hans Isaac, Remy Ishak, dan Henry Golding. Kalau diukur pada paras rupa, memang Zizan tidak mampu menyaingi yang lain-lain, terutamanya Henry Golding yang pernah memenangi kategori ini pada 2010.

Jadi apa komen Zizan tentang pencalonan ini? Adakah dia yakin akan menang atau sebaliknya?

"Saya sebenarnya terkejut apabila saya diberitahu tercalon untuk kategori ini. Memang pengurus saya, Marina ada maklumkan yang dia telah menghantar borang pencalonan, tetapi saya tidak meletakkan sebarang harapan. Menang atau kalah, itu tidak penting kerana bukan mudah hendak menempatkan diri dalam anugerah ini. Bagi saya, ini satu perkembangan positif pada industri hiburan tempatan. Pelawak sudah boleh diterima baik. Tidak dipinggirkan seperti dahulu. Saya harapkan suatu hari nanti pelawak-pelawak tempatan akan lebih dipandang tinggi," ujar Zizan yang ditemui di Party Shout Awards 2012 di Vertigo, The Gardens, Mid Valley.

Kejayaan Zizan ini memberi gambaran bahawa dia mula mencuri perhatian peminat urban. Jadi, adakah Zizan sudah bersedia  melangkah ke dunia urban atau dia berasa tertekan dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehinya?

"Sejujurnya saya tidak pernah sangka boleh pergi sejauh ini kerana saya dilahirkan daripada program realiti. Maklumlah, selalunya artis daripada program sebegini tidak mampu bertahan lama. Namun, saya bersyukur dengan pencapaian sekarang ini. Soal saya urban atau tidak, itu terpulang kepada peminat atau penonton untuk buat penilaian.

Bagaimanapun, saya sebenarnya sudah lama memasukkan elemen-elemen urban dalam lawak saya, cuma orang tidak perasaan. Sebagai pelakon dan pelawak, saya cuba melakukan yang terbaik. Saya mahu orang terhibur dengan lawak yang dipersembahkan, bukan berasa bosan.  Saya tidak berasa tertekan apabila memenangi sesuatu anugerah. Tetapi saya akan rasa tertekan kalau lawak saya tidak mengundang tawa penonton. Saya akan rasa seronok kalau orang lain seronok," ujar Zizan yang gemar melawak tentang isu-isu yang dekat dengan masyarakat ini.

Selain tercalon untuk Hot Guy Award, Zizan juga tercalon untuk Flava Award bersama Kaka dan satu lagi kategori bersama Aaron Aziz untuk Best On Screen Chemistry Award.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan