Nuffnang

Sabtu, 22 Disember 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


“Maruah Saya Sudah Dipijak-Pijak” – <b>Alyah</b> Respon Isu Dihentam <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 11:37 PM PST


Alyah dengan baju rekaan Hatta Dolmat di Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL 26).

Alyah dengan baju rekaan Hatta Dolmat di Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL 26).

Kecoh hari ini apabila beberapa blog hiburan tempatan menyiarkan beberapa keping foto mengenai status Twitter dua orang pereka fesyen terkenal tempatan, Rizman Ruzaini dan juga Hatta Dolmat.

Kedua mereka yang pernah mereka baju untuk artis-artis terkenal seperti, Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan ramai lagi telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila Alyah dikatakan tidak menghargai penat lelah dan hasil kerja mereka. Ia berpunca apabila baju yang direka oleh Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat tidak dipakai oleh Alyah ketika Anugerah Planet Muzik 2012 (APM 2012) walaupun mereka berdua sudah pun menyiapkannya.

Melalui laporan terbaru mStar Online, Alyah enggan memohon maaf apabila dia merasakan maruahnya telah dijatuhkan oleh kedua pereka fesyen diatas.

"Maruah saya sudah dipijak-pijak. Mereka telah mengaibkan saya dengan kata-kata yang kurang manis. Buat apa saya perlu memohon maaf tentang perkara itu kerana ia telah dibayar dengan kata-kata hinaan yang diberikan mereka. Belum sempat saya nak terangkan sebab-sebab saya tidak memakai pakaian rekaan tersebut, mereka telah menghentam saya di Twitter. Saya rasa dihina."

Alyah walau bagaimana pun menjelaskan sebab utama dia tidak dapat memakai baju tersebut adalah kerana beberapa masalah kecil seperti zip dan juga dibahagian lain.

"Saya bukannya seorang yang suka melarikan diri daripada masalah. Ada sebab-sebabnya kenapa saya tidak memakai pakaian mereka dan saya enggan memperbesarkan perkara ini. Tambah pula Hatta dan Rizman Rizman telah banyak membantu menaja pakaian saya selama ini, jadi saya tak mahulah nak memburukkan keadaan.

"Jika mereka mengatakan saya tamak kerana ingin menggunakan khidmat ramai pereka fesyen hanya untuk sebuah acara cahaja. siapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka akan tahu, setiap majlis anugerah, saya akan bertukar tiga pakaian."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan