Nuffnang

Jumaat, 14 Disember 2012

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


Nazim Othman, Diana Danielle, <b>Dayang Nurfaizah</b> & Nabila Huda <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 09:37 PM PDT


Kombinasi hebat! Gabungan terbaik antara Nabila Huda, Nazim Othman, Diana Danielle dan Dayang Nurfaizah yang menghiasi laman muka depan "Majalah EH" edisi November 2012, menyerlahkan lagi imej "Gorgeous" mereka.

Jika bulan lepas, Anzalna Nasir menghiasi muka depan "Majalah EH" yang pertama, kini "Majalah EH" menampilkan muka depan yang mengabungkan beberapa artis popular. Antaranya Nabila Huda yang kini hangat dikaitkan bersama Johan Asaari, Nazim Othman yang popular dengan drama "Kau yang Terindah", Diana Danielle yang debar menanti hari bahagianya bersama Farid Kamil, dan Dayang Nurfaizah yang sentiasa "vogue" tampil menyerikan laman muka depan majalah EH Edisi November 2012 ini.

Manakala, untuk "Majalah EH" edisi November 2012 seterusnya, gadingan istimewa daripada Misha Omar, Mizz Nina, Zizan Razak Dan Fahrin muncul dengan imej yang glamor. Penampilan para artis ini diserikan lagi dengan tajaan busana indah daripada Dressing Paula, sentuhan solekan Lancome, rekaan rambut memukau daripada Bong & Gary dan foto-foto dari sisi terbaik oleh Aaron (Lensworks).

Antara isu yang bakal dikupas adalah "20 yang anggun & disenangi 2012″, "200+ tips tampil gorgeous" dan sebagainya. Selain itu, terdapat beberapa artis yang turut serta dalam "Majalah EH" ini antaranya Aliff Aziz, Elfira Roy, Fahrin Ahmad, Fathia Latiff, Fauziah Gous, Iedil Putra, Intan Ladyana, Marsha, Misha Omar, Mizz Nina, Nabil, Nadiya Nissa, Nazim Othman, Pekin Ibrahim, Ryzal Jaafar dan Zizan Razak. Siapa pula yang bakal hiasi majalah EH! keluaran kedua selepas ini? Nantikan info lanjut di laman rasmi EH! Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan