Nuffnang

Jumaat, 14 Disember 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Faizal Tahir</b> Mahu Lelong Semua Trofi Yang <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 11:36 PM PST

Menerusi akaun Twitter miliknya, penyanyi Faizal Tahir hari ini mengumumkan bakal menjual atau melelong kesemua trofi pelbagai majlis anugerah yang pernah dimenanginya bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk di Gaza.

Antara trofi yang bakal dilelong adalah trofi Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Planet Muzik.

Antara anugerah yang pernah dimenanginya termasuk Artis Baru Terbaik AIM15, Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Album AIM15, Album Rock Terbaik AIM15, Album Terbaik AIM15, Album Rock Terbaik AIM17, Album Terbaik AIM17, Persembahan Terbaik AJL23, Vokal Terbaik AJL23, Persembahan Terbaik AJL25, Tempat Ketiga AJL26, Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 2010 dan Power Vocal Award di Shout! Awards 2010.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Mahakarya Cinta itu berharap tindakannya tidak akan dipersoalkan dan ia merupakan keputusannya sendiri.

Tambahnya lagi, Allah tidak akan bertanya berapa banyak trofi yang telah dimenanginya sewaktu hidup dan apabila mati kelak, trofi-trofi tersebut tidak akan dibawa bersama.

Faizal akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai acara lelongan tersebut dan mengharapkan sokongan semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan