Nuffnang

Selasa, 25 Disember 2012

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


(Jom Skodeng Retis!) Perjuangan <b>Diana Amir</b> & Pierre Andre |

Posted: 27 Nov 2012 05:36 PM PST

Diana Amir

Makin ramai artis-artis muda sekarang yang berhijrah dan mendalami ilmu agama lebih lagi. Antaranya ialah Diana Amir yang dah pun berhijab sejak bulan September 2011 dan kira-kira dah setahun lebih dia bertudung. Sejak berhijrah ni, Diana memang aktif dengan aktiviti-aktiviti keagamaan. Kalau korang nak tau, Diana Amir bersama Iqram Dinzly merupakan antara ahli jawatankuasa (sebagai penerangan dan komunikasi) kumpulan usrah iaitu Usrah Fitrah. Baru-baru ni Diana Amir terlibat dengan projek bantuan untuk Gaza yang mana dia dan rakan-rakan dalam Usrah Fitrah macam Heliza, Yatt, Irma Hasmie, Siti Nordiana mengutip derma untuk Palestin di Pavillion. Selain tu, Diana juga banyak terlibat dengan ceramah, bengkel dan karnival keagamaan. 

Kredit gambar: beautifulnara.com

Terbaru, Diana Amir sebagai Pengarah Urusan Kembara Addin, sebuah syarikat event management yang dikendalikan oleh Diana sendiri menganjurkan program bercuti bersamanya ke Jakarta dan Bandung pada 22 hingga 24 Disember 2012. Nak tau lebih lanjut boleh la singgah FB fanpage Diana Amir dan kutipan derma untuk Palestin akan diteruskan lagi bersama Diana dan rakan-rakan pada Khamis ini (29 November 2012) di sekitar kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India, jam 4.30pm hingga 6.30pm. :)

Projek terbaru Diana Amir.

Diana Amir sebagai Shafika bersama Pierre Andre sebagai Hakimi dalam filem Strawberi Cinta.

Pierre Andre.

Dari segi luaran, kalau artis wanita kita boleh nampak mereka berhijrah dengan berubah memakai hijab, artis lelaki pula lebih kepada simpan janggut sebab tu kan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Haaa tengok la wajah terbaru Pierre Andre yang dah berubah menjadi lebih baik sejak dia mengikuti tabligh di Taman Permata, Ulu Klang. Katanya, pertama kali dia mengikut kawannya tabligh, dia terus jatuh hati dan akan meneruskan mengikut aktiviti tabligh ni sehingga menjadi seorang pendakwah di dalam dan di luar Malaysia. Tengok la betapa tingginya azam seorang pengarah muda ni. Terbaru, Pierre sedang menyiapkan novel pertamanya dan akan muncul dengan filem Strawberi Cinta bersama Diana Amir, Yana Samsudin, Along Eyzendy dan ramai lagi.

Pierre memang berminat untuk jadi seorang pendakwah.

Pierre Andre semasa Anugerah Skrin 2012 yang mana beliau menerima Anugerah Yasmin Ahmad.

Itu adalah ucapan Pierre semasa dia berucap masa terima Anugerah Yasmin Ahmad di Anugerah Skrin 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan