Nuffnang

Selasa, 11 Disember 2012

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Makin Lupa Diri ?

Posted: 11 Dec 2012 01:03 AM PST



Elfira sangkal dakwaan susahkan penganjur acara amal, tak hadir saat-saat akhir

Virus gosip terus menjangkiti pelakon remaja, Elfira Loy, apabila ada pihak mendakwa dia sengaja menyusahkan penganjur dengan sesuka hati menarik daripada sebuah acara amal pada saat akhir.

Kononnya, penganjur kesal dengan tindakan tidak profesional pelakon sedang meningkat naik ini kerana namanya sudah pun dicanang ketika mereka mempromosikan acara itu.
Perkara itu sudah pun dimaklumkan menerusi ibu kepada pihak penganjur dan mereka pun faham" Nurul Elfira Loy, Pelakon

Pastinya peminat pelakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini kecewa apabila artis kesayangan yang diuar-uarkan akan hadir ke acara terbabit tidak nampak bayangnya sampai ke sudah. Perbuatan itu juga tentunya menguatkan lagi dakwaan kononnya Elfira semakin lupa diri sejak popular. Sebelum ini, dia pernah dikatakan berlagak gara-gara kenyataannya yang hanya gemarkan barangan berjenama.

Apakah benar pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy ini sudah mula naik tocang hanya kerana kemasyhuran yang diraih ketika ini, ataupun ia sekadar gosip yang menjadi rencah kebanyakan anak seni yang lain. Saat diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, gadis berusia 18 tahun ini sangat terkejut dengan dakwaan yang disifatkannya sebagai tidak berasas itu.

"Ini semua hanyalah salah faham. Memang pada awalnya saya ada berjanji untuk menyertai acara itu. Namun saya juga sudah memaklumkan, kehadiran saya banyak bergantung kepada jadual penggambaran pada hari terbabit. Pada waktu persetujuan diberi, saya lihat jadual saya memang kosong. Tetapi disebabkan ada perubahan jadual dan saya perlu menyelesaikan penggambaran secepat mungkin, saya terpaksa membatalkan hasrat menyertai acara itu.

Tak perlu mohon maaf 

"Perkara itu sudah pun dimaklumkan menerusi ibu kepada pihak penganjur dan mereka memahaminya. Jadi apabila isu ini ditimbulkan kembali, sambil meletakkan kesalahan ke bahu saya, ia amat mengejutkan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya apakah dia sudah meminta maaf daripada pihak penganjur, Elfira memberitahu, dia tidak perlu berbuat demikian kerana tiada sebarang kesalahan dilakukannya.

"Perkara ini sudah pun dimaklumkan lebih awal dan ia sepatutnya tidak menjadi isu. Pihak atasan juga sudah pun dimaklumkan. Cuma pihak bawahan saja yang tidak tahu mengenainya, lalu timbullah gosip mengatakan saya menarik diri pada saat akhir. Tapi saya tak mahu salahkan sesiapa dan saya menganggapnya sekadar salah faham," ujarnya.

Bintangi muzikal Ali Baba

Enam tahun lalu, Elfira pernah memegang watak Marjinah menerusi teater muzikal yang sama iaitu Muzikal Ali Baba. Dan, untuk versi dewasa yang akan dipentaskan selama sembilan hari di Istana Budaya, mulai 21 Disember ini, watak sama masih menjadi milik pelakon berkening tebal ini.

Meskipun berpengalaman membawakan watak itu, karakter berkenaan masih memberi cabaran buatnya.

"Dari segi penghayatan watak dan kemahiran menyanyi sambil menari, ia tidak memberi banyak masalah buat saya kerana saya pernah melakonkan watak itu sewaktu pementasan enam tahun lalu. Cuma kali ini, permainannya lebih besar dan saya kena lebih bersedia. Teater ini mempunyai ramai nama besar dan saya juga belum pernah bekerja dengan mereka.

"Sebagai contoh, abang Sabri Yunus dalam teater ini memang kelakar. Dialognya setiap hari akan berubah kerana dia suka ad-lib dan saya kena sentiasa peka dengan situasi seperti itu," cerita Elfira.

Vote : <b>Elfira Loy</b> VS Julia Perez, Siapa Pilihan Anda? | OHBULAN!

Posted: 11 Dec 2012 04:05 PM PST


Mungkin agak keterlaluan apabila kami membandingkan kedua selebriti ini. Tapi, adakah anda perasan bahawa Elfira Loy, 18, dan Julia Perez, 32, mempunyai paras wajah yang hampir serupa?

Melalui pemerhatian OHBULAN!, bulu kening dan juga potongan rambut kedua selebriti ini hampir sama. Jika dilihat dari bentuk senyuman mereka, memang saling tak tumpah. Cuma, perkara yang memang dan mungkin tidak akan serupa ialah potongan badan mereka berdua. Ya, yang itu.

Bagi OHBULAN!, walaupun kedua mereka mempunyai paras wajah yang hampir serupa, namun wajah Elfira lebih lembut dan tenang bila dipandang. Ini cuma pendapat OHBULAN!, tak tahu pula bagaimana dengan anda.

Terbaru, Elfira Loy bakal muncul dalam rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia yang akan disiarkan penghujung Disember 2012. Manakala, Julia Perez pula melalui sebuah blog hiburan tempatan dilaporkan bakal muncul dalam filem arahan Murali Abdullah berjudul 'Sumpahan Malam Pertama'.

Lupakan sebentar segala gosip mengenai kedua pelakon ini. Jika disuruh pilih, siapakah yang akan menjadi pilihan anda? Dan apa pula komen anda sebagai pembaca?

P/s : Bukan senang nak cari gambar Jupe yang senonoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan