Nuffnang

Selasa, 11 Disember 2012

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


<b>Liyana Jasmay</b> Telah Selamat Kembali Ke Malaysia, Mula Rancang <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2012 01:40 PM PST

Oleh: Syafiqah Noor

Setelah enam bulan menetap di kota New York, Liyana Jasmay akhirnya kembali ke tanah air setelah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan penulisan skrip dan pengarahan di New york Film & Academy. 6 bulan kita sunyi sepi dengan cerita penyanyi lagu Ku Tak Percaya Cinta ini.

Liyana Jasmay bakal sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada Februari 2013. Liyana Jasmay sah menjadi tunangan kepada usahawan muda, Fathudin Mazlan di rumahnya Tropika Kemensah pada 28 Mac 2012 lalu.

Liyana sendiri ketika ditemui di KLIA sekembalinya beliau dari New York mengakui jadualnya sangat padat. Bermula dengan urusan majlis pernikahan beliau, Februari sehingga Mac 2013, beliau turut sibuk menguruskan Mermaid, production house yang ditubuhkan Liyana sendiri bersama kakaknya.

Setelah segalanya selesai, barulah Liyana dan pasangannya akan memikirkan destinasi bulan madu mereka. Setakat ini masih belum dinyatakan destinasi pilihan bulan madu mereka. Kerja penting, majlis nikah pun penting juga ye Liyana.

Disamping itu, Liyana turut menyatakan rasa syukur kerana apa yang beliau impikan selama ini kini alhamdulillah berjaya. Liyana juga ada merancang untuk kembali ke New york untuk membuat shortfilm di sana seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini. Tapi semuanya masih dalam perancangan.

Ditanya tentang apa paling dirindui di Malaysia, Liyana Jasmay berkata beliau akan terus menikmati nasi lemak selepas temubual bersama kami kerana terlalu rindukan masakan unik Malaysia itu. Heh. Kita doakan agar semuanya berjalan dengan lancar untuk Liyana Jasmay.

Kredit Gambar: Malaysian Digest

<b>Liyana Jasmay</b> Mula Buat Persiapan Kahwin

Posted: 10 Dec 2012 05:28 PM PST

altaltSelepas enam bulan meninggalkan kerjaya seni di Malaysia dan menyambung pelajaran di New York, Amerika Syarikat, pelakon cantik Liyana Jasmay akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dan kini telah pun pulang ke tanah air.

Liyana dan ibunya, Habsah Simpon, 55, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) kira-kira jam 11.30 malam tadi dan di sambut oleh bapanya, Jasmay Md. Shah, 58, serta tunang tersayang, Fathuddin Mazlan, 28.

Liyana memberitahu, dia tidak mengambil masa yang lama untuk berehat sebaliknya selepas ini dia akan terus memulakan persiapan perkahwinannya yang akan berlangsung pada Februari 2013. Selain itu dia akan melaksanakan projek program TV terbitan produksinya, Mermaids Studios.

Liyana Jasmay di sambut tunangnya, Fathuddin Mazlan di KLIA, malam tadi.Liyana Jasmay di sambut tunangnya, Fathuddin Mazlan di KLIA, malam tadi.

"Tak sempat berehat pun. Dalam seminggu dua ni saya mula sibuk buat persiapan kahwin. Sambil-sambil tu saya akan mulakan projek Mermaid. InsyaAllah selesai majlis perkahwinan nanti saya akan mula menjalani penggambaran sekitar Februari dan Mac.

"Dalam pada tu juga, ada satu filem yang perlu saya re-shoot selama tiga hari. Produksi filem berkenaan dah tunggu saya selama enam bulan untuk re-shoot semula filem itu dan saya tak mahu hampakan mereka. Selepas tu baru saya akan berehat selama sebulan. InsyAllah honeymoon", katanya kepada malaysiandigest.com sejurus di temui sebaik saja keluar dari balai ketibaan KLIA.

"Kerja penting, kahwin pun penting! (gelak)", sambungnya yang walaupun kelihatan letih tambahan terpaksa mengalami kelewatan penerbangan tetapi aktres berusia 24 tahun ini masih mampu mengukir senyuman manis.

Dalam masa sama, Liyana memanjatkan rasa syukur kerana sepanjang pengajian dia berjaya dapat menimba ilmu dan pengalaman yang selama ini diimpikan.

Liyana menyambung pengajian jangka pendek dalam jurusan pengarahan dan lakonan, di New York Film Academy, pada Julai lalu.

altalt

"Allhamdulillah saya dapat apa yang saya cari. Saya juga merancang nak buat filem pendek dan kemungkinan besar saya akan kembali semula ke New York untuk penggambaran", katanya sebelum beredar untuk terus pergi menikmati makanan yang dirindui iaitu nasi lemak antarabangsa dan milo ais bersama keluarga.

- mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan