Nuffnang

Rabu, 12 Disember 2012

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


<b>Mizz Nina</b> Dirompak - PjO putrajaya-online

Posted: 06 Dec 2012 08:00 PM PST


PENYANYI popular, Mizz Nina menjadi mangsa terbaru rompakan apabila tingkap kereta yang dipandunya telah dipecahkan oleh individu tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat di Ampang Jaya baru-baru ini.

Dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan, isteri kepada penyanyi, Noh Salleh menerusi laman Instagram miliknya berkata, ketika berada di persimpangan lampu isyarat berdekatan dengan restoran Suzi Corner, tingkap keretanya telah dipecahkan dan beg tangan miliknya dirompak.

"Kereta saya dipecah dan beg tangan saya dirompak di persimpangan lampu isyarat Ampang Jaya. Pesanan buat pemandu wanita, letakkan beg anda di bawah tempat duduk kereta. Mujur telefon bimbit berjaya diselamatkan."

Nina dalam pada itu turut berkata, pengalaman ini merupakan satu pengajaran buat dirinya gara-gara terlupa untuk meletakkan beg tangan itu di tempat yang selamat.

"Saya belajar dengan kesilapan yang telah berlaku. Kadangkala wanita sering lupa untuk meletakkan beg tangan mereka di tempat yang selamat.

"Jangan buat seperti apa yang telah saya lakukan," katanya di laman Twitter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan