Nashrin - Google Blog Search |
WARNA KEHIDUPAN: Kenapa Kamu,Bukan Dia (1) Posted: 08 Dec 2012 06:57 AM PST Sejak pulang dari kerja sehinggalah Maghrib, masa Irdina banyak dihabiskan di depan laptop. Tak cukup dengan itu sibuk pula melayan Whatsapp melalui Galaxy Tab.Kiri kanan teknologi komunikasi menghimpit. Inilah dia wanita moden. Mana mak aku tak membebel. Aku pula jenis keras kepala buat tidak peduli tetapi tidak melawan kata. Hanya mendiamkan diri. Bila kata-kata lebih pedih, baik bisukan saja mulut. Tapi hari ni hati Irdina tergerak untuk menjengah ke dapur. Ingin mencemar duli ! Ruangan yang jarang-jarang sekali Irdina hampiri hingga membuatkan ibunya hilang daya mengomel. Memasak itu kebolehan yang perlu dimiliki setiap wanita kerana setinggi mana pun pangkat dan pendidikan, ke ceruk dapur ini juga hinggapnya. Irdina tidak menafikan akan kebenaran kata-kata ibunya. Belum sampai seru, itulah alasannya. "Masak apa tu mak?" Irdina menjenguk ke dalam kuali. Ikan bilis digoreng dengan hirisan bawang besar dan cili kering. Bau harum tumisan menusuk hidung. "Masak lauk simple je. " mak menjawab. Irdina mencapai sudip yang tersandar di dalam kuali. Mengambil alih tugas ibunya yang sedang memotong sayur. "Ucu tak balik ke? Kereta tak ada pun?" Ucu, panggilan manja bagi adik bongsunya Syafiq. Sejak memiliki kereta sendiri ada saja agenda. Tak pernah lekat di rumah. Ibarat hotel tempat persinggahan je rumah ni. "Ucu ada discussion. Tidur rumah kawan katanya sebab esok nak kena hantar assignment. Agak-agak dah garing ikan bilis tu bolehlah angkat." Mak menjeling kuali di sebelah. Risaulah tu takut rentung pulak ikan bilis dikerjakan anak daranya yang sorang ni. Tak pasal-pasal nanti makan malam berlaukkan bilis rentung resepi istimewa Irdina Aisya. "Esok mak usu nak datang," Irdina mengangguk. Mak Usu ada memaklumkan padanya semalam. Ingin menumpang di rumahnya untuk satu malam sebelum bertolak ke Seremban pada esok harinya untuk berkursus. "Esok Makcik Hanum pun nak datang. Bawa anak saudaranya sekali," perlahan suara mak ibarat halilintar pada pendengarannya.Nyaris tertumpah ikan bilis yang sedang dialih ke pinggan. Nasib ada brek ABS! What? Kenapalah suka kacau ketenangan hidup aku. Aku ingat dah tutup kes bila mamat tu senyap. Aku pun tak ambil pusing akan hal ni. Baru cadang nak makan banyak. Makcik Hanum ni memang cantas selera makan aku. Nampaknya Irdina hanya mampu meneguk air liur. Maaflah 'saka makan' aku off duty malam ni. Arghh!! Irdina memanjat anak tangga dengan langkah tergesa-gesa. Sebaik sahaja tiba di kamarnya, dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil sederhana besar itu. Pandangannya ditalakan ke siling. Jiwanya masih bercelaru dengan pernyataan mak sewaktu di dapur tadi. Mujur ibunya tidak mendesak. Mungkin mak tahu aku tak berapa setuju dengan kunjungan 'tak-berapa-nak-hormat' kawan dia tu. Bukan maksud Irdina untuk merendahkan niat Makcik Hanum cuma dia kurang selesa dengan tindakan drastik sebegini.Ini melibatkan masa depan hidupnya dan dia tidak mahu diatur oleh orang yang tiada kena mengena. Irdina mencapai Galaxy Tab bersarung merah menyala yang terletak di sudut katil. Sesak sungguh memikirkan berita tadi. Irdina membuka aplikasi Whatsapp dan menyertai 'group : Ini Barang Baek;. Nama yang diberi oleh sahabatnya bagi kumpulan rakan sekerja. Ahli-ahli dalam 'group' hanya yang dijemput oleh moderator. Irdina : Guys, aku ada berita nak share. Esha: A'ah, news apa yang nak dikongsi tu? Macam gempak je? :P Irdina: My mum's friend is bringing someone tomorrow. Ezza is joining the group Esha: Esok ada orang nak jumpa bakal la (:P) Irdina: Banyaklah bakal. Sakit otak aku dibuatnya. Azleen: Chill beb. Mana tahu ini orangnya.Jodoh Ezza: Setuju dengan pendapat Azleen. Bagilah peluang kat diri sendiri. Kau pun single Irdina: Mana ada. Not in a relationship.Entahlah. Aku seriklah. Asyik terkena je. Korang Esha: Jangan putus asa. Yang penting kita usaha, kemudian tawakal.Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak ada, maknanya Allah dah aturkan yang lebih baik. Irdina merenung skrin Galaxy Tab sambil menongkat dagu. Dalam diam, dia mengiyakan kata-kata Esha. Betul juga, apa yang nak disusahkan. Yang aku serabut fikir kenapa? Orang tu cuma datang nak melawat saja. Bukan suruh kahwin. Haih, Irdina. You are thinking too much and expecting too high. Irdina memarahi dirinya sendiri. Ezza: Aku setuju dengan Esha. Azleen: Kalau ada button 'Like' memang aku dah like ni. Esha: Mari kita doakan yang terbaik untuk kawan kita ni. Irdina: Terima kasih semua sebab bagi nasihat dan pandangan. Taklah aku rasa keseorangan nak tanggung semua ni. Iyalah, mana pernah ada orang datang nak tengok aku. Sebijik macam novel kot. Dah ala-ala merisik je aku rasa.Haha! 'Persidangan' singkat itu diakhiri dengan perjanjian bahawa Irdina dikehendaki melaporkan apa yang terjadi nanti kepada ahli. Amboi, aku ingat buat kerja saja kena melapor dengan bos, pasal kena risik pun kena 'report' dengan budak-budak ni? Nasiblah dapat kawan baik macam ni Well, siapalah gerangan lelaki |
You are subscribed to email updates from Nashrin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan