Nuffnang

Sabtu, 8 Disember 2012

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Shout! Awards: <b>Zizan Razak</b> Masih Jadi Pilihan Pengundi Urban

Posted: 25 Nov 2012 06:46 PM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 26 NOV 2012: Terbukti Zizan Razak berjaya menarik undian daripada semua lapisan masyarakat juga umur apabila dinobatkan penerima anugerah bagi dua kategori di Shout! Awards 2012 baru-baru ini.

Dia yang tidak ada sepanjang majlis berlangsung kerana komitmen bersama Maharaja Lawak Mega 2012 di Shah Alam telah bergegas ke Sunway Lagoon Resort untuk bersama pemenang lain walaupun telah berakhirnya majlis anugerah berkenaan.

Ditemui di post party anugerah tersebut di lokasi yang sama dengan anugerah berkenaan diadakan, Zizan menganggap pengundi Shout! Awards bijak memilih dan tahu menilai sesebuah karya yang dihasilkan artis sepertinya.

"Bila mendapat anugerah Favourite TV Personality Award buat kali kedua bagi saya ia adalah rezeki dan sekaligus membuka mata semua orang terutamanya penonton 8TV yang mensasarkan golongan urban.

"Apabila dulu saya cuba sebaik mungkin untuk menyampaikan bakat saya kepada semua lapisan masyarakat dan diberi pengiktirafan sebegini ia seperti membalas usaha yang saya cuba buat sebelum ini,"katanya mengenai kejayaan keduanya bagi kategori Favourite TV Personality Award.

Mengulas kemenangan pertamanya bagi Best On-Screen Chemistry Award, dia menjelaskan bahawa keserasian dia dengan Johan antara kunci utama mereka masih lagi terus bersama dalam berkarya walaupun masing-masing sudah mampu bergerak sendiri.

"Memang saya dan Johan masing-masing ada job atau undangan mengacara dan sebagainya secara berasingan. Lagipun masing-masing ada tanggungjawab sendiri dan dalam masa yang sama punya peminat sendiri.

"Tetapi bila Johan dan Zizan bergabung penangannya adalah lain dan ianya tidak dapat kami lakukan secara individu. Itu yang saya lihat di antara saya dan Johan. Jadi anugerah ini memang khas untuk kami berdua dan bersyukur ada yang mengangkat bakat kami ketahap ini,"tambahnya lagi.

Baru-baru ini wujud isu panas bila Zizan dan Nora Danish masing-masing berinteraksi manja di Twitter dan menggunakan panggilan 'papa' dan 'mama'. Nora Danish telah menerima anugerah Hot Chick Award pada malam itu dan Zizan yang tewas kepada Aaron Aziz untuk Hot Guy Award diminta untuk komen bila 'mama'nya menang.

"Itu adalah sekadar usikan saya dan tiada apa-apa pun. Tapi itulah kalau saya dapat Hot Guy Award tu mesti akan tambah panas cerita itu. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Nora Danish yang memang sentiasa hot,"jawab Zizan sambil berseloroh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan