Nuffnang

Khamis, 10 Januari 2013

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Nadiya Nisaa, Lisa Surihani, <b>Aaron Aziz</b> & Shila Amzah Di Majlis <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 04:53 AM PST


Abang Nara memang kecewa sangat-sangat apabila nama Nadiya Nisaa tidak tercalon di dalam mana-mana kategori ABPBH2012. Pastinya tuan punya badan yang menghadiri majlis itu semalam lebih kecewa. Semoga Nadiya Nisaa dapat menabahkan dirinya.
nadiya nisaaMungkin penangan drama Adam & Hawa masih tidak cukup kuat untuk menambahkan populariti Nadiya Nisaa. Abang Nara percaya tahun 2013 ini nama Nadiya Nisaa akan bertambah popular. Perlahan-lahan kayuh. Biarlah dikenali kerana kualiti dan bukannya kerana kontroversi.
lisa surihani
Lisa Surihani yang hadir semalam masih berjaya mengekalkan populariti dirinya walaupun sudah bergelar isteri orang. Ternyata peminat sekarang sudah lebih cerdik dan tidak lagi memandang status seseorang selebriti ketika membuat undian. 9 lagi gambar-gambar selebriti yang hadir sidang media ABPBH2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Pergi masjid dapat iPhone 5

lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Aaron Aziz</b> Terkejut MV Untuk Dia Cecah 9 Juta Penonton

Posted: 27 Nov 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 27 NOV 2012: Kalau diseluruh dunia sibuk memperkatakan mengenai muzik video Gangnam Style di laman Youtube yang kini mencatat jumlah tontonan sebanyak 825 juta, apa kurangnya dengan karya arahan si hero pujaan, Aaron Aziz untuk muzik video arahannya, Untuk Dia.

Muzik video yang menampilkan nyanyian Sleeq dan Najwa Latif kini menjadi muzik video tempatan yang mendapat penonton tertinggi iaitu sebanyak 9 juta lebih. Satu pencapaian yang boleh disifatkan agak luar biasa dalam perkembangan industri muzik tanah air pada masa kini.

Aaron yang baru sahaja pulang dari Afrika Selatan mengacarakan program Fear Factor Selebriti Malaysia telah ditemui hadir sidang media pertama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Holiday Villa Hotel & Suite, Subang Jaya.

Ketika diminta mengulas mengenai sambutan hangat kepada muzik video tersebut, peyandang Bintang Paling Popular ABPBH 20122 ini mengakui terkejut dan tidak tahu mengenai hal tersebut.

"Betul ke ni? Saya pun tidak tahu menahu yang muzik video Untuk Dia kini paling tertinggi ditonton. Maklumlah kesibukan kerja sampai tak sempat nak update tentang muzik video tersebut. Kalau betul, syukur Alhamdulillah. Ini kejayaan untuk semua yang terlibat dalam menghasilkan Untuk Dia.

"Sebenarnya lagu tersebut adalah lagu lama Sleeq daripada album mereka yang pertama rasanya. Tapi bila anak-anak saya mendengar, mereka sukakan rentak lagu tersebut kerana ia agak catchy.

"Bila mendengar semula memang menarik rentak lagunya, lalu saya menawarkan diri untuk menghasilkan album penuh untuk Sleeq. Najwa pula dipilih untuk membolehkan lagu itu diterima kedua-dua fanbase di Malaysia dan juga Singapura,"ulasnya mengenai muzik video Untuk Dia tersebut.

Ketika artikel ditulis jumlah penonton sudah mencatatkan 9.65 juta penonton dan ini merupakan pencapaian yang membanggakan.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan muzik video tersebut mendapat sambutan disebabkan populariti Aaron Aziz yang dilihat berada di kemuncak, aktor tersebut menjelaskan itu semua adalah kurniaan dariNya.

"Semua yang saya terima sekarang adalah rezeki daripadaNya. Jadi untuk mengiyakan atau menidakkan kemungkinan tersebut bukan saya. Untuk mengatakan sebab saya ia ditonton mungkin tidak tepat.

"Sekadar membantu mungkin ada benarnya sebab memang saya sudah mengagak lagu tersebut boleh hit kerana kekuatan lagu itu sendiri. Sebelum mereka tahu video tersebut arahan saya ia sudah pun sudah mendapat banyak sambutan,"jawabnya menolak dakwaan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan