Nuffnang

Selasa, 29 Januari 2013

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


Ramai Pertikai Keaslian Misai <b>Aizat Amdan</b>? | MyNewsHub

Posted: 07 Jan 2013 02:57 AM PST


Seluruh rakyat Malaysia malam tadi menyaksikan penyanyi lelaki, Aizat Amdan berjaya merangkul juara Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) dengan membawakan lagu Terukir Di Bintang hasil ciptaan penyanyi wanita, Yunalis Zarai.

Aizat telah menggantikan tempat Yuna dalam pertandingan berprestij itu kerana Yuna tidak dapat menghadirkan diri ekoran dari jadual persembahannya yang padat di Los Angeles.

Pun begitu, Yuna tetap memberikan sokongan padu kepada rakan artisnya itu walaupun beberapa cerita negatif timbul sebelum AJL berlangsung.

Hasilnya, kepercayaan yang Yuna berikan kepada Aizat membawa tuah kerana lagu itu berjaya membuka mata ramai pihak akan bakat yang tidak ternilai ada dalam diri Yuna.

Selain itu, malam tadi ramai juga menyaksikan aksi Aizat yang bersahaja dalam menyampaikan lagu tersebut.

Rata-ratanya memuji penampilan Aizat yang tampaknya klasik dengan dibantu oleh artis-artis di bawah Palawan.

Paling menarik perhatian adalah imej Aizat yang mempunyai misai kerana menampakkan imejnya seperti artis negara, Allahyarham P.Ramlee.

Misainya yang tebal dan berwarna hitam itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak hinggakan ramai yang mengatakan misai Aizat itu hanyalah misai palsu dan dilukis sahaja.

Kiranya, bukan kemenangan yang dipersoalkan oleh ramai pihak, tetapi, misai Aizat yang menjadi keutamaan perhatian penonton.

Satu jam yang lepas, Aizat telah memuat naik gambar misainya di laman Facebooknya dan juga Instagram bagi membuktikan misainya itu adalah asli.

Mungkin Aizat tidak mahu lagi orang ramai mempertikaikan penampilan misainya yang saling tidak ubah seperti seniman P.Ramlee.

Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber Foto: Facebook Aizat Amdan

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan