Hans Isaac - Google Blog Search |
<b>Hans Isaac</b> Kahwin 2014, Enggan Dedah Siapa Bakal Isteri Posted: 23 Jan 2013 08:45 AM PST
"Siapa yang tak mahu kahwin. Tapi semua kawan saya kahwin masa mereka umur 44 tahun dan 45 tahun. Jadi saya rasa saya ada masa lagi. "Memang saya ada target bila nak kahwin. Tapi seperti yang semua tahu dua tahun sebelum ni fokus saya adalah pada ibu saya. Sekarang ibu saya sudah tiada. Jadi dah tiba masanya untuk saya fikirkan sesuatu yang baru dalam hidup saya. "Target tu... mungkin hujung tahun ini atau setidak-tidaknya pertengahan tahun depan saya. Tapi nak kahwin ni pun saya kena fikirkan dengan siapa jodoh saya. Adakah keluarga saya dan keluarga jodoh saya menerima kami. Kahwin ni bukan perkara main-main. Saya takut bila tengok ada pasangan yang kahwin dan tak lama lepas tu bercerai. Jadi saya lebih rela tunggu lama miss right saya dan terus kami berkahwin", katanya kepada malaysiandigest.com ketika ditemui di majlis sidang media filem Lawak Ker Der 2, bertempat di hotel Premiere, petang semalam. Ditanya sudahkah dia mempunyai calon isteri, sambil tersenyum pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac ni bagaimanapun enggan menjawab dan sekadar berkata, "Saya tak boleh jawab. Ini bukan masanya untuk saya mengaku dan jangan buat saya berbohong (senyum). Saya belum bersedia nak kongsi apa-apa. Belum masanya. Dengan pengalaman kegagalan cinta yang saya alami lalu, saya sudah serik untuk bercerita lebih-lebih", ujarnya. Status Dengan Neelofa Diasak dengan persolaan perkembangan hubungannya dengan pengacara Nona itu, Hans mengakui penat berdepan dengan pelbagai spekulasi yang timbul mengenai hubungan mereka. "Seperti yang kami berdua pernah nyatakan yang kami berkawan. Persahabatan kami tu masih sama, kami rapat Kalau soal intim, kami tak pernah cakap yang kita berdua intim. Di tahap mana atau sejauh mana persahabatan kami, itu saya tak boleh cakap apa-apa. Saya berharap agar biar persahabatan kita berterusan dan kalau lanjut kepada sesuatu yaang anda semua nak dengar, masa itu saya akan beritahu. "Apa yang boleh saya katakan kami rapat dan khlas dengan persahabatan ini. Kami banyak berkongsi macam-macam perkara. Dalam pada itu Hans bakal muncul dengan filem terbaru terbitan syarikatnya Tall Order Production (TOP), Lawak Ker Der 2 pada 7 Mac ini. Dia juga berdebar menantikan filem lakonannya bersama Neelofa, Lemak Kampung Santan yang dijangka berada di pawagam pada 29 Mei depan. Selain itu, dia dan Harith Iskander sedang merancang untuk menghasilkan filem seorang tokoh terkemuka negara. - mD |
You are subscribed to email updates from Hans Isaac - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan