Nuffnang

Isnin, 28 Januari 2013

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


CANTIK - <b>Erra Fazira</b> Elak Guna Penyedut Minuman - Gua.com.my

Posted: 10 Jan 2013 08:00 AM PST

Setiap kali Erra Fazira melangkah ke acara karpet merah, pasti banyak mata yang tertumpu kepadanya. Dalam masa yang sama, jurufoto tidak henti-henti merakam wajahnya untuk tatapan peminat. Hendak tahu apa rahsia kecantikan Erra? Jom semak tiga tip cantik yang pernah dikongsikan Erra sebelum ini. Cuba amalkan dan lihat hasilnya.

1) Ketika menyolek bahagian mata, Erra tidak pernah menarik kelopak mata kerana dia percaya ia akan menyebabkan kekenduran kulit jika kerap dilakukan. Malah, Erra juga sering mengelak menggunakan penyedut minuman kerana ia boleh menyebabkan kedutan yang tidak perlu.

2) Erra sentiasa melindungi kulit daripada sinaran matahari. Setiap kali hendak keluar dari rumah, Erra mesti memakai krim pelindung matahari (sun block). Selain daripada itu, Erra juga tidak pernah meninggalkan rumah tanpa memakai cermin mata hitam untuk melindungi kulit di sekeliling mata.

3) Awasi pemakanan. Makanan terlalu berminyak berkemungkinan besar boleh menyebabkan jerawat. Erra memperbanyakkan buah-buahan dan sayuran dalam diet sehariannya. Ini kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit serta memiliki anti oksidan yang membantu menyingkirkan radikal bebas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan